Kecoh di media sosial hari ini apabila penerbit filem diwajibkan memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Namun, apa yang lebih ‘hangat’ diperkatakan adalah semua bentuk penggambaran memerlukan lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), termasuk untuk rakaman media sosial peribadi.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai dillihat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Antara yang turut memberi pandangan mengenai isu ini adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut Syed Saddiq, dianggarkan 260,000 golongan muda akan terkesan dengan perlaksanaan itu, malah dikhuatiri akan hilang sumber pendapatan.

“Bukan saja filem yang terkena tapi anak-anak muda yang membuat video menerusi TikTok, Instagram, Facebook perlu mendapatkan lesen FINAS.

“Cadangan ini akan membunuh ‘content creator’ yang majoritinya anak muda,” katanya.

Jelas Syed Saddiq, dia mendesak supaya kenyataan tersebut ditarik semula atau garis panduan yang lebih jelas dikeluarkan.

“Lihat bagaimana Neelofa, Mat Lutfi, Sofyank yang digelar sebagai Zack King Malaysia menghasilan kandungan yang diiktiraf dunia.

“Bagaimana saudara Sofyank mahu kekalkan pengaruh dengan syarat ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Anda boleh lihat hujahan penuh Syed Saddiq di bawah.

Saya merayu & mendesak, kaji semula! Anak muda, content creators tak mampu nak bayar Rm50,000 untuk Lesen Finas. Jangan bunuh creativity anak muda. jangan jejaskan pendapatan ratusan ribu anak muda!

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Sementara itu Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan terbarunya berkata, laporan media mengenai jawapan beliau memberi gambaran yang tidak tepat sehingga membawa kepada makna yang berbeza daripada maksud jawapan sebenar.

BACA: Isu Lesen Perfileman FINAS, Ini Penjelasan Menteri