Hiburan

Lihatlah Wajah Insan-Insan Ini! Sebak Weyh! Semuanya Dapat Ditonton Di…#Kongsije

gempak
Hanafis Haris
02/01/2020
07:53 MYT
Sponsor Banner
Lihatlah Wajah Insan-Insan Ini! Sebak Weyh! Semuanya Dapat Ditonton Di…#Kongsije
Sebak…… tapi pada masa sama rasa puas dan syukur!
Itu saja yang dapat diungkapkan apabila melihat reaksi wajah penghuni sebuah rumah kebajikan yang dipaparkan menerusi episod pertama #Kongsije.
Banyak perkara yang dipaparkan termasuklah keperitan yang dialami oleh segelintir individu yang kurang bernasib baik hingga terpaksa menahan kelaparan, tidak kira di Malaysia atau luar negara.
Malah, jika ada yang tidak tahu, rupanya seramai 815 juta penduduk di seluruh dunia mengalami masalah tidak cukup makanan dan jika dibiarkan jumlah itu akan meningkat kepada 2.2 bilion dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Untuk Malaysia pula difahamkan sebanyak 3,000 metrik tan makanan yang masih elok dihantar ke pusat pelupusan sampah. Rugi bukan?
Jumlah tersebut sebenarnya cukup untuk menampung keperluan makanan untuk 2.2 juta rakyat malaysia 3 kali sehari!
Jadi apa yang anda perlu buat? Menerusi episod #Kongsijer terdapat beberapa perkara yang diperjelaskan khususnya menerusi inisiatif Program Foodbank Malaysia.
Ini antara perkara anda perlu tahu!

#1 Dilaksanakan Oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Sebanyak 476,250 isi rumah berpendapatan bawah RM940 sebulan akan menerima faedah daripada program ini, sekali gus mengurangkan beban mereka.
Tidak cukup dengan itu, program ini turut diperluaskan untuk mahasiswa IPTA menerusi Program Food Bank Siswa.
Sehingga kini 21 Universiti Awam telah bekerjasama dengan membabitkan sebanyak 12,429 penerima (Sehingga November 2019).

#2 Menjadi 'Bank' Atau Pusat Penyimpanan Makanan Lebihan

Untuk mengagihkan sumbangan, pastinya Foodbank Malaysia perlu menyediakan tempat transit penyimpanan makanan.
Bukan hanya produk kering, malah makanan 'basah' atau sejuk beku pun ada.
Ayam, sosej, kambing, karipap sejuk beku semua ada!
Kebanyakan makanan ini ada yang disumbangkan oleh individu serta organisasi, malah tidak kurang juga diberi atas sebab telah 'reject' oleh restoran-restoran terkemuka.
Maksud 'reject' itu pula bukanlah sebab makanan rosak, atau tidak boleh diguna lagi kerana tarikh luput.
Cuma adakalahnya saiz dipotong tidak menepati saiz restauran. Maklumah prosedur restoran kan ketat, kalau ukuran salah sikit sudah tidak boleh dijual kepada pelanggan.
Banyak nama besar yang terpanggil untuk melibatkan diri dalam misi yang mulia termasuk Tesco, Econsave, Speedmart99, Mydin, etc.

#3 Jadi 'Gate Keeper' Pastikan Kualiti & Keselamatan Makanan Berlebihan

Sebagai platform dan pusat transit, Food Bank Malaysia juga perlu memastikan makanan yang diterima masih baikdan selamat diguakan samada dari individu atau organisasi.
Mereka turut mempunyai pekerja yang pakar dalam bidang itu. Bukan main terima je okay!
Malah, pihak Food Bank Malaysia juga turut memberi tunjuk ajar kepada penerima bagaimana untuk memastikan sesuatu makanan itu selamat digunakan.

#4 Terima Bantuan Sukarelawan

Untuk pastikan makanan atau barangan diedarkan dengan selamat dan mencukupi, Food Bank Malaysia juga mengalu-alukan sukarelawan.
Berbagai skop kerja yang diperlukan dan menerima sesiapa saja yang sudi menyumbangkan tenaga dan buah fikiran untuk menjadikan Foodbank satu misi yang hidup dan berterusan dalam jiwa rakyat.
Jangan tak tahu, pengacara popular Nazrudin Rahman pun terlibat dalam aktiviti sukarelawan ini. Anda apa tunggu lagi?
Anda boleh lihat pengumuman di media sosial mereka di bawah.
(EMBED FACEBOOK)

#4 Hantar Makan Kepada Golongan Asnaf

Seperti dinyatakan tadi, sebanyak 3,000 tan lebih makanan yang masih baik telah dibazirkan begitu saja?
Malah, jumlah 3,000 tan ini juga sebenarnya boleh memberi makanan kepada dua juta rakyat Malaysia.
Oleh itu, Food Bank Malaysia berperanan untuk hantar ke penerima yang layak.
Selain hantar terus ke rumah, penghantaran juga diberi kepada rumah-rumah kebajikan.
Anda boleh lihat segala info berkaitan Food Bank ini menerusi program kongsije yang mempunyai tujuh episod yang sudah pun mula ditayangkan.
Menerusi episod 1, Chef Anis Nabilah 'turun padang' untuk melihat sendiri apa yang sebenarnya dilakukan Food Bank Malaysia.
Tidak cukup dengan itu Anis turut bergandingan dengan Nazrudin untuk mengagihkan makanan kepada sebuah rumah kebajikan di Kuala Lumpur.
Ternyata, ia satu momen yang menyedihkan namun pada masa sama amat gembira!
Untuk pengetahuan anda setiap episod akan membincangkan topik menarik mengenai isu pembaziran makanan.
Tidak ketinggalan terdapat juga tips menarik untuk anda pelajari!
Kesemua episod boleh ditonton di platform sosial media Gempak!
Apa tunggu lagi jom #kongsije dan jangan lupa follow Facebook Food Bank Malaysia untuk berita dan pengumuman terkini.
Jika mahu lebih lagi maklumat, anda boleh layari laman web ini, https://www.foodbankmalaysia.org/.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024