Hiburan

“Lillahi ta'ala Saya Tak Gila, Dapat Bantu Saya Tak?” - Nonny Buntu Terima Gangguan Sihir, Dakwa Bapa & Kakak Dibunuh

gempak
Mya Amri
10/02/2025
04:05 MYT
Sponsor Banner
“Lillahi ta'ala Saya Tak Gila, Dapat Bantu Saya Tak?” - Nonny Buntu Terima Gangguan Sihir, Dakwa Bapa & Kakak Dibunuh
Penyanyi, Nonny Nadirah mendedahkan dirinya kini berdepan dengan gangguan sihir selain diancam secara halus.

Teruk disihir, terima ancaman

Nonny memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Nonny, kesengsaraan yang ditanggung kali ini lebih dasyat sehingga dia terpaksa meminta bantuan.
“Assalamualaikum Balai Polis Bukit Aman. Saya Nonny Nadirah Zainuddin diganggu teruk oleh sihir dari golongan tiga.

“Dimanakah saya boleh membuat laporan? Terus menerus diancam secara halus. Dapat bantu saya tak? “Langit dah bagitahu saya disihir teruk. Lillahi ta'ala, saya tak gila. Allah cerita semua tentang perbuatan mereka.

“Kalau satu negara buat diam tentang perbuatan penyihir ini, satu hari nanti negara ada masalah, jangan terkejut kalau Allah langsung tak tolong,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bukan Calon Sesuai Untuk Buat Isteri” - Nonny Nadhirah Tolak Lamaran Cinta Individu Tidak Dikenali

ARTIKEL BERKAITAN:Nonny Buat Hal Lagi! Kali Ini His*p P*ting Sambil Berkemban

ARTIKEL BERKAITAN:Nonny Nadirah Nafi Diri Memberontak - “Ada Nampak Saya Murung Ke Selama Ni? Lantaklah Apa Nak Cakap, Malas Ambil Peduli”

ARTIKEL BERKAITAN:Nonny Nadirah Tak Nak Kaya Tapi Nak Bebas Sihir, Mahu Jodoh Dikirim Allah - "Aku Reda Tak Dapat Jodoh Di Dunia, Kahwin Tak Boleh Dipaksa"

ARTIKEL BERKAITAN:Nonny Nadirah Bukan Hadap Publisiti, Ada Sebab Botakkan Rambut & Anggap Diri Tak Seksi - “Bagi Saya, Apa Yang Saya Buat Semua…”

Dakwa bapa dan kakak dibunuh

Dalam hantaran yang sama, Nonny memaklumkan dia hanya boleh bersuara mengenai hal tersebut melalui media sosial.
Malah dia juga meluahkan kebimbangan sekiranya hal ini tidak diambil serius, khuatir boleh memudaratkan dirinya memandangkan keluarganya juga turut menerima ancaman.
“Saya sorang Tuan. Asal dari Sabah, sekarang ada di Kuala Lumpur. Semua disekat secara halus, kesakitan secara halus.
“Tuan boleh ikuti kisah Chester penyanyi Linkin Park atau Sulli artis dari korea. Semua mati bunuh diri sebab sihir ni Tuan.

“Saya hanya boleh bersuara dalam media sosial. Saya tak tahan Tuan, sakit sangat sihir ni. Jumpa perawat bagitau saya tak ada sakit apa, Allah bagitau memang ada. “Semua saya refer dalam Al-Quran Tuan. Agak lama saya sakit disebabkan sihir ini, akan tetapi yang paling sakit dalam 4 tahun ni. “Bapa saya dibunuh. Kakak saya dibunuh. Sekarang mereka ancam ahli keluarga saya yang lain lagi. Harap Tuan boleh bantu saya walaupun dari jauh.

“Saya hanya ada Allah Tuan. Saya hanya ada Allah Tuan. Saya hanya ada Allah Tuan. La hawla wala quwatta illa billa hil aliy yil azim,” coretnya.
Sebelum ini, Nonny pernah memberi bayangan gangguan sihir antara punca dia hilang dari industri hiburan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024