Gaya Hidup
Lima Juadah 'Wajib Ada' Menjelang Syawal
Selain persiapan dan kelengkapan, juadah raya juga merupakan elemen terpenting menyambut Syawal.
Menariknya, juadah yang dijamu kepada tetamu di pagi Syawal adalah berbeza dengan hari-hari biasa.
Antara lima juadah paling popular dan 'wajib ada' untuk dihidangkan kepada tetamu di Aidilfitri ialah:
1. Ketupat
Tidak kira ketupat segera atau dianyam sendiri, ia adalah simbolik kepada perayaan Aidilfitiri. Tidak lengkap sekiranya tiada ketupat di pagi raya.
2. Rendang
Pelbagai variasi rendang yang akan muncul di pagi 1 Syawal. Selera juga berbeza-beza bergantung kepada citarasa sendiri. Selalunya, rendang daging antara yang paling popular di setiap rumah. Rendang lain seperti ayam, paru, perut atau kerang ada juga dihidangkan.
3. Lemang
Membakar lemang merupakan mampu mengeratkan silaturahim kerana setiap orang akan teruja setiap kali menjalankan aktiviti ini. Lemak adalah hidangan tradisional yang sangat enak kerana rasanya yang lemak dan enak. Selalunya yang menjadi rebutan ialah pulut pada bahagian atas yang dipanggil 'kepala santan' kerana ia 'extra lemak'!
4. Kuah Kacang
Dah ada rendang mestilah ada kuah kacang. Ibaratnya, tidak lengkap makan tanpa sambal belacan! Kuah kacang, ada yang suka makan begitu sahaja bersama nasi himpit, ketupat atau lemang. Tetapi ada juga yang beranggapan kuah kacang lebih enak digaul bersama rendang. Cara memasaknya juga berbeza, ada yang lebih suka kacang dikisar kasar dan ada juga suka yabg lebih halus.
5. Kuah Lodeh
Mungkin tak semua rumah ada, tetapi kuah lodeh sangat popular di negeri Johor. Lebih enak lagi ditambah kuah kacang atau sambal!
Di kesempatan ini Suduu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, tidak kira di mana jua anda berada. #Berikanmasa untuk nikmati hari bahagia ini bersama yang tersayang.
Muat naik Suudu App di App Store dan Google Play untuk mendapatkan resepi terkini untuk dapur anda.
Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta Suudu Facebook/OfficialSuudu.
Must-Watch Video