Gaya Hidup
Lima Kafe Artis Malaysia Yang Patut Anda Kunjungi!
Ramai selebiriti tanah air kini sudah mula menceburi bidang perniagaan dan membuka restoran atau kafe milik mereka sendiri.
Ia kini seperti menjadi trend selain sebagai mata pendapatan tambahan untuk memperkukuhkan ekonomi mereka di masa hadapan mereka.
Namun, sebagai peminat pasti ramai yang teruja dan ingin merasai sendiri menu yang terdapat di restoran dan kafe milik selebriti terkenal.
Advertisement
Istimewanya kafe para selebriti berbanding yang lain ialah, selain menjamu selera peminat turut berpeluang untuk berjumpa dan beramah mesra dengan artis pujaan mereka.
Jadi kali ini Suudu senaraikan lima kafe artis tempatan yang kini sedang menjadi trending dan berbaloi untuk anda kunjungi:
Elfira Loy
Nama restoran/kafe : Love Me Seven Days
Alamat: 66-1 Wisma Alam Damai , Alam Damai
Waze: Maybank Alam Damai
Konsep: Baru sahaja dibuka kurang dua bulan yang lalu, Suudu rasa café milik Elfira Loy ini sesuai untuk anda yang suka 'chill' dan istimewanya bila berada di Kafe ini anda akan rasa seperti berada di Korea! Tambah-tambah lagi dekonya yang simple dan comel membangkitkan lagi mood nak lepak.
Selain itu banyak pilihan makanan yang disediakan seperti burger , spaghetti, laksa Sarawak, nasi paprik, steamboat mini dan banyak lagi.Makanan ringan turut disediakan untuk yang hanya mahu melepak di petang hari iaitu bubur cha-cha dan cucur udang. Sementara itu, anda pasti jatuh cinta dengan Kopi di Kafe ini yang dilukis comel!
Sufi AF
Nama Restoran/Kafe: De' Tulang Merah
Alamat: Unit A-G-1, Seri Gembira Avenue, No 6, Jalan Senang Ria, Taman Gembira
Konsep: Moden. Menyediakan resepi Sup Tulang asli dari Singapura dan menu istimewa lain seperti makanan barat yang terdiri dari pasta dan lain-lain. Yang penting, tak perlu bersusah-payah ke Singapura kalau teringin nak makan Sup Tulang Merah!
Nora Danish
Nama restoran/ kafe: kOpi & xOxO
Alamat: RUMODA, No. 3, Jln. Riong, Off Jln. Maarof, 59100 Bangsar.
Konsep: Selain artis, tarikan orang ke café itu adalah kerana Goreng Pisang Cheese iaitu nama menunya The Gorpis.
Selain The Gorpis, kafe milik Nora Danish ini juga menyediakan banyak menu ala carte lain tidak kira makanan barat atau pun melayu. Paling best banyak juga menu ringan yang sesuai untuk pasangan yang datang untuk makan sambil 'dating' dan cuci mata! Kafe milik Nora Danish sangat cozy dan hipster, boleh lah ambil gambar banyak-banyak!
Aaron Aziz
Nama restoran / kafe : Kidz And Crème
Alamat : 5 Jalan Setia Dagang, U13/AK Sunsuria 7th Avenue , Setia Alam
Konsep : Kafe milik Aaron Aziz ini lebih kepada konsep kafe kek untuk kanak-kanak. Namun, kafe itu mempunyai pelbagai menu makanan berat, kek istimewa, kopi dan ianya mempunyai ruang buat kanak-kanak yang ingin belajar membuat kek bersama pembuat kek terlatih. Kafe ini sesuai untuk ibu bapa yang ingin membuat aktiviti bersama anak-anak dan paling sesuai untuk menyambut hari jadi anak.
Hafiz Suip
Nama restoran/ kafe : The Thymes
Alamat: No.16-G Block C, Pusat Perniagaan The Atmosphere, Jalan Atmosphere 6, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Konsep: Dekorasi kafe milik Hafiz ini melambangkan dirinya yang simple dan humble tetapi tetap hipster dan urban.
Di sebuah sudut dalam café miliknya itu terdapat satu alamari kaca yang mengumpulkan beberapa anugerah yang pernah dimenangi di dalam industri hiburan tanah air. Selain terdapat sekeping poster miliknya yang digantung di situ.
Sementara menunya pula lebih fokus kepada masakan negara kelahiranya iaitu Sarawak jadi menu istimewanya adalah Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Namun selain menu utama itu, di kafe itu juga terdapat menu ala carte western seperti Chicken Chop, Spaghetti, Mushroom Chicken Omelets dan banyak lagi.
Oleh: Syafiqah Jalal
Must-Watch Video