Sejak sekian lama, kucing kerap dijadikan haiwan kesayangan untuk menjadi penghibur hati tatkala berada di rumah. Namun, tahukah anda kucing juga kerap muncul di kaca televisyen sebagai ‘model’ untuk tujuan hiburan dan komersial?

Nah, ini lima klip video dari artis terkemuka antarabangsa yang menampilkan si comel ini sebagai bintang dalam klip video mereka.

Ours - Taylor Swift


Kita mulakan senarai dengan penyanyi kesayangan ramai Taylor Swift menerusi klip video Ours. Menerusi klip video ini, Taylor memegang watak sebagai seorang wanita bekerjaya yang kecundang dalam cinta. Namun, ada satu hal yang lebih menarik iaitu kehadiran kucing kesayangannya, Meredith dalam klip video ini. Comel bukan?

Express Yourself - Madonna


Jika anda peminat Madonna atau penggemar muzik pop, pastinya anda pernah menonton klip video Express Yourself. Dalam klip video ini, kelihatan kelibat seekor kucing berwarna hitam yang berjaya mencuri perhatian peminat penyanyi itu. Ditanya kenapa dirinya membiarkan kucing berkenaan mencuri ‘limelight’, Madonna membalas” “Kucing memerintah dunia!”

You (Ha Ha Ha) - Charli XCX


Nah, seekor lagi ‘anak bulus’ yang dijadikan sebagai bintang undangan dalam sebuah klip video. Menerusi You (Ha Ha Ha), selain penampilan Charli yang tampak sedikit ganas, seekor kucing parsi yang gebu turut menjadi focus utama dalam klip video ini.

Triumph Of A Heart - Bjork


Selalunya, penyanyi akan mengundang model lelaki untuk bergandingan dengan mereka bagi menggambarkan situasi sebagai pasangan kekasih. Namun, lain pula dengan Bjork. Penyanyi eksentrik itu menggunakan seekor kucing menggantikan model sebenar. Menarik bukan?

Opposite Attract – Paula Abdul


Jika semua selebriti menggunakan kucing sebenar dalam klip video, lain pula cerita dengan penyanyi legenda Paula Abdul. Menerusi lagu Opposite Attract, Paula menampilkan kucing berbentuk animasi yang diberi nama MC Skat Kat. Sungguh kreatif!



Tahukah anda si comel kesayangan anda juga boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia? Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi. Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance https://www.oyen.my/campaign/astro. Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.