Pasti ramai yang sedang mencari lokasi percutian untuk merehatkan diri setelah kita penat berperang dalam tempoh PKP, PKPB dan kini PKPP.

Apabila rakyat Malaysia sudah dibenarkan untuk bercuti secara domestik, apa kata ambil peluang untuk meneroka keindahan negara sendiri.

Di sini, Gempak senaraikan lima lokasi menarik villa dan resort yang sesuai untuk destinasi hujung minggu anda.

1. Akusembunyi, Petaling Jaya



Untuk warga Lembah Klang yang tak mahu memandu jauh tetapi mencari lokasi yang mendamaikan, rumah ini boleh menempatkan sehingga 10 orang tetamu, sesuai untuk acara berkumpulan.

Terletak di kawasan kejiranan yang senyap di kawasan Petaling Jaya, rumah besar dengan tema Bali ini mempunyai beberapa kemudahan seperti landskap taman, kolam renang, tab mandi serta meja pingpong.

Harga: 800 untuk satu malam.

2. Boesheng @ Tatami Room, Balik Pulau, Pulau Pinang



Penggemar alam semula jadi wajib datang ke sini untuk percutian hujung minggu yang menenangkan.

Boesheng sesuai untuk anda yang dalam pegembaraan makan-makan di Pulau Pinang.

Dengan keadaan biliknya yang unik, pasti ia memberikan pengalaman menarik.

Harga: RM180 untuk satu malam.

3. The Cedar, Bidor, Perak



Terletak di Kampung Chang, Bidor, Perak, lot banglo ini boleh memuatkan sehingga 8 ke 20 orang!

The Cedar mempunyai kolam renang dan meja makan di luar yang mengadap hutan. Turut disertakan sekali ruangan untuk BBQ untuk anda sekeluarga.

Lebih istiemwa, air terjun Gepai terletak hanya tujuh minit dari villa ini.

Harga: RM1,300 untuk satu malam.

4. Selepas Hujan, Seremban, Negeri Sembilan



Tidak ada yang lebih menenangkan daripada sebuah villa indah terletak di dalam kawasan 4,000 ekar hutan simpan.

Selepas Hujan adalah lokasi yang wajib anda kunjung bersama keluarga atau rakan-rakan, terletak hanya satu jam pemanduan dari ibu kota.

Boleh memuatkan dalam 12 orang, villa ini menawarkan udara segar dan pemandangan menakjubkan dari hutan simpan, kolam renang air masin, ladang burung unta serta aktiviti jungle trekking.

Harga: RM900 untuk satu malam

5. Mandara Tree Villa, Janda Baik, Pahang



Terletak di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang, villa ini cukup sempurna untuk penginapan hujung minggu. Ia boleh memuatkan sehingga 7 ke 10 orang.

Lari sebentar dari hiruk-pikuk bandar ke sebuah kawasan kampung yang mendamaikan, anda boleh mendirikan khemah asing di luar kawasan depan rumah yang luas.

Tersedia juga aktiviti berbasikal, menunggang kuda serta ATV.

Harga: RM650 untuk satu malam