Konsert OneRepublic Live In Malaysia 2018 telah berlangsung meriah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Kumpulan pop rock terkenal Amerika Syarikat itu tampil penuh bertenaga menerusi konsert ketiga mereka di Malaysia.

OneRepublic berjaya memukau hampir 10,000 penonton hadir menyaksikan persembahan mereka secara live menerusi lagu-lagu yang dipersembahkan.

Astro Gempak menyenaraikan 5 perkara menarik yang terjadi di Konsert OneRepublic Live In Malaysia 2018:

1. Penyanyi Zizan Razak berjaya menghangatkan suasana apabila melakukan persembahan pembukaan sebelum konsert OneRepublic bermula.

2. Vokalis OneRepublic iaitu Ryan Tedder kagum apabila melihat Menara KL dan KLCC di hadapannya semasa melakukan persembahan.

3. One Republic menyampaikan lagu Wake Me Up sebagai tribut kepada DJ terkenal Avicii yang meninggal dunia pada 20 April lalu.

4. Ryan Tedder juga sempat bergurau dengan peminatnya apabila mengatakan bahawa cuaca di Kuala Lumpur yang panas memberi kelebihan kepadanya untuk menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram.

5. Ryan juga turut menarik perhatian penonton apabila menyanyikan lagu popular Beyonce berjudul Halo yang digubahnya.

Pada malam itu OneRepublic telah menyanyikan lagu Stop and Stare, Secrets, Kids, Good Life, Wherever I Go, Better, Feel Again, All The Right Moves, Born To Race, Sometihing I Need, Apologize, Counting Stars dan Love Runs Out.

One Republic Live in Malaysia dianjurkan oleh WGW Entertainment dan disokong oleh Malaysia Major Events (MME), satu bahagian Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

One Republic bakal mengakhiri konsert jelajah di Asia menerusi persembahan di Festival Grammy di Beijing, China pada 30 April ini.









Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi