BERITA
Lima Remaja Mengaku Tidak Salah Mencela, Guna Kata Kesat Terhadap Zara Qairina
Lima remaja mengaku tidak bersalah atas pertududuhan menggunakan perkataan mencela dan menggunakan kata-kata kesat terhadap Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.
Pertuduhan dibacakan dalam prosiding yang berlangsung di dalam bilik Mahkamah Kanak-Kanak pada Rabu
Menurut pertuduhan, pada 15 Julai lalu kira-kira 10 malam sehingga 11 malam di blok asrama sebuah sekolah agama di Papar, telah menggunakan perkataan mencela terhadap mangsa, yang mana perkataan tersebut didengari yang mungkin menyebabkan mangsa berasa terganggu dengan perkataan tersebut.
Sehubungan itu, kesemua tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Akta yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Prosiding dikendalikan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus bersidang untuk Mahkamah Kanak-Kanak tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Nik Haslinie Hashim dan Deepa Nair Thevaharan.
Sementara itu, Nor Azizah ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah memaklumkan bahawa larangan perintah mahkamah (gag order) dimohon oleh peguam bela, Datuk Ram Singh.
Sumber: Sinar Harian