HIBURAN
Linda Hashim Muat Naik Foto Lebam Di Wajah, Kapsyen ‘Siksa Di Dunia’ Curi Perhatian Netizen - “Hint Rasanya”
Pelakon Linda Hashim mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu video di TikTok seolah-olah memberi petunjuk mengenai keadaan rumah tangganya bersama aktor Beego.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok, memaparkan wajah Linda kelihatan lebam di bahagian tepi bibir.
Namun, apa yang menarik, apabila kapsyen yang ditulis seolah-olah menjadi pengakuan halus bahawa segala kesakitan yang dialaminya bukan baru berlaku, namun telah berlangsung hampir sembilan tahun.
“Siksa di dunia, ketawa di akhirat. Sejak 2016,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Linda.
“Lama dia pendam sakit. Beego tak pernah belajar dari kesilapan dia yang lepas. Teruskan kehidupan Linda tanpa dia. Semoga diberi kekuatan Linda dan anak-anak.
“Betul ke shooting ni? Tengok video bawah sikit ada pakai baju ni memang tengah lebam-lebam tapi masih bergurau senda dengan krew shooting.
“Hint rasanya,” komen beberapa netizen netizen
Lebih menarik perhatian lagi, Linda kemudian menekan butang suka (like) pada komen mengenai ‘hint’ sekaligus menambahkan lagi spekulasi bahawa video tersebut bukan sekadar gurauan, tetapi mungkin luahan yang tersirat.
Sebelum ini, kisah pergolakan rumah tangga pasangan ini sudah mula diperkatakan apabila Linda membuat keputusan untuk memfailkan penceraian pada awal Mac 2025.
Dalam satu kenyataan, Linda berkata dirinya sudah tidak mampu bertahan dalam perkahwinan tersebut.
Sementara itu, Beego pula pernah mengaku dalam satu temubual bahawa dia bukan suami yang sempurna dan ada melakukan kesilapan, namun menegaskan bahawa dia tidak pernah melakukan keganasan terhadap Linda.
Must-Watch Video