gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Anak Beri Restu Cinta Liam Neeson Dengan Pamela Anderson Janda Lima Kali
HIBURAN
Lindsay Lohan Alami PTSD Dikejar Paparazi, Tenang Hidup Di Dubai
VIRAL
Lelaki Jatuh Dari Tingkat Empat Lepas Tarian Tradisional Malaysia Di Vietnam
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Lindsay Lohan Alami PTSD Dikejar Paparazi, Tenang Hidup Di Dubai

Maliah Surip
Maliah Surip
04/08/2025
13:57 MYT
Sponsor Banner
Lindsay Lohan Alami PTSD Dikejar Paparazi, Tenang Hidup Di Dubai
Bintang Hollywood terkenal, Lindsay Lohan mendedahkan dirinya mengalami PTSD atau Post-Traumatic Stress Disorder (Gangguan Tekanan Pasca Trauma) kerana sering dikejar paparazi sewaktu zaman kegemilangannya dahulu.

Lohan , 39, juga menyifatkan pengalaman dikejar dan berdepan paparazi sebagai menakutkan dan oleh demikian dia dan suami, Bader Shammas, tidak mahu perkara yang sama terjadi terhadap keluarga, terutama anak mereka, Luai, dua tahun.

“Saya tidak mahu keluarga dikejar atau berdepan pengalaman tidak enak dengan paparazi seperti pernah saya lalui dahulu.

“Ia (paparazi) adalah pengalaman terburuk dalam hidup saya. Saya malah menghidap PTSD yang ekstrem kerana situasi tersebut.

“Ia sangat menakutkan. Saya berdoa agar tidak perlu berdepan situasi sama pada masa akan datang.

“Jujur saya katakan ia tidak selamat. Ia juga tidak adil buat kami (selebriti).

“Kerana itu saya dan suami berbincang cara terbaik untuk menjaga privasi Luai daripada media,” ujar Lohan sewaktu temu bual bersama The Sunday Times.

Lohan dan Shammas pertama kali bertemu pada 2020 sebelum berkahwin pada Julai 2022 dan mendapat anak pada Julai 2023.

Malah Lohan yang mula terkenal sejak kanak-kanak terutama menerusi lakonannya dalam The Parent Trap mengambil keputusan meninggalkan Hollywood pada tahun 2014.

Penyanyi dan pelakon itu memulai hidup baharu di Dubai. Lohan menyifatkan hidup di Dubai sebagai lebih selamat dan tenang berbanding tinggal di Hollywood.

“Dubai adalah tempat selamat bagi saya. Saya menjalani hidup normal di sini tanpa kehidupan yang ‘huru-hara’.

“Kehidupan yang lebih tenang ini bukan tentang saya lagi tapi lebih kepada anak dan keluarga kami,” katanya.

Dia kini kembali menjadi perhatian kerana dalam rangka mempromosi produk terkininya, sekuel filem kegemaran ramai pada tahun 2003, Freaky Friday yang diberi judul Freakier Friday.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Lindsay Lohan
#Paparazi
#Dubai
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement