Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Lindsay Lohan Rasa Turki Lebih Selamat Dari Amerika Syarikat

Fiza Kamarudin 18/01/2017 | 05:17 MYT

Pelakon Hollywood Lindsay Lohan menerusi temubual sebuah stesen TV di Turki, mengakui berasa lebih selamat berada di negara tersebut berbanding Amerika Syarikat.

Menurut Lindsay, di Turki dia bebas untuk menjadi seorang wanita dan sentiasa diterima tanpa diskriminasi.
“Di Turki, anda bebas untuk menjadi seorang wanita dan ia adalah sesuatu yang sangat menakjubkan. Anda boleh buat apa yang anda mahukan dan anda akan tetap diterima.
“Berbanding di Amerika Syarikat, saya memegang Quran dan saya pula dikatakan sebagai syaitan,” kongsinya dalam temubual itu,” katanya.
Pada tahun 2015, Lindsay pernah dikecam teruk kerana berjalan sambil memeluk Al-Quran di Brooklyn, New York.
Sebelum itu Lindsay pernah memberitahu mahu mengubah dirinya ke arah yang lebih baik disamping mendalami ilmu agama.
“Saya seorang yang sangat terbuka untuk belajar dan mendalami ilmu agama. Tetapi rakyat Amerika mempunyai pandangan tersendiri mengenai Al-Quran tanpa mengetahui apa yang mereka fikirkan itu tidak benar,” katanya.
Dalam pada itu, Lindsay juga telah memadam kesemua foto di akaun Instagramnya yang mempunyai lebih 5 juta pengikut baru-baru ini.
Pelakon Mean Girls ini juga telah menulis ‘Alaikum Salam’ pada ruangan info di laman sosial tersebut.
Disebabkan itu, ura-ura mengatakan Lindsay kini telah memeluk agama Islam dan perkhabaran itu disambut baik oleh muslim di seluruh dunia.
Bagaimanapun Lindsay masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Sumber: Dailymail

#Hollywood #Lindsay Lohan #Hollywood #Lindsay Lohan
;