Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Lindungi Negara Daripada Wabak Virus Korona, Pusat Kuarantin Di KLIA Bakal Di…

Hanafis Haris
21/01/2020 08:25 MYT
Belum reda isu virus influenza, kini muncul pula satu lagi wabak digelar sebagai korona.

Difahamkan, wabak ini mula dikesan di Wuhan, China sekitar Disember tahun lalu.

Susulan penemuan berkenaan, Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini dalam keadaan berjaga-jaga.

Menerusi satu posting di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan alat imbasan haba dan pusat kuarantin kesihatan di terminal KLIA kini diletakkan pada pemantauan tahap tertinggi.

Menurutnya, pelbagai unit kesihatan telah ditempatkan di lapangan terbang KLIA dan pintu masuk antarabangsa yang lain.

"Usaha ini sebagai bagi melindungi negara daripada pelbagai penyakit berjangkit lain daripada kawasan berisiko tinggi," katanya.

Tambahnya, media antarabangsa telah melaporkan 139 kes baharu berhubung dengan virus korona dikesan pada hujung minggu lepas sejak virus itu dikesan.

"Setakat ini, tiga orang mati di China dengan dua kes dilaporkan di Thailand dan satu di Jepun," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memberitahu keadaan influenza di Malaysia masih terkawal dan ia tidak berkaitan dengan wabak itu di Wuhan.

"Tetapi KKM akan terus mengawasi keadaan jangkitan kuman dan mengemas kini semua maklumat terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

#Viral #Virus #Viral
;