Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?

Maliah Surip
04/05/2024 14:44 MYT
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.

Untuk melengkapkan anggota kumpulan yang kini tinggal tiga iaitu Mike Shinoda, Brad Delson dan Dave Farrell selepas kematian vokalisnya, Chester Bennington, Linkin Park mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat vokali perempuan, lapor Billboard.

Spekulasi tentang Linkin Park ini reunion semula sempat ‘disahkan’ oleh Jay Gordon dari Orgy yang mendakwa terdengar kumpulan tersebut akan kembali aktif.

“Linkin Park memang alami kesurakan tanpa Bennington tapi mereka akan kembali. Saya dengar bersama vokalis perempuan,” katanya yang bagaimanpun menafikan pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

BERITA TRENDING: Selepas Seminggu, Mendiang Chester Dikebumikan Di Lokasi Rahsia

PILIHAN PEMBACA: Vokalis Linkin Park Mati Gantung Diri

Khabar kumpulan yang terkenal dengan lagu In The End akan kembali bersama vokalis perempuan juga dikuatkan dengan penyanyai Evanescence, Amy Lee yang dikatakan akan mengantikan tempat Bennington.

“Saya tidak pasti tentang itu tapi jika betul ia memang luar biasa,” kata Amy Lee tentang gosip tersebut.

Linkin Park adalah salah satu kumpulan paling sukses di dunia pada tahun 2000 dengan album mereka terjual sebanyak 29.4 juta hanya di Amerika Syarikat.

#Viral #Hollywood #Reunion #Chester Bennington #Linkin Park #Vokalis #ganti #Evanescence