“Lirik Jawa & Muzik Tu Seram!” - Trend #LathiChallenge Tular, Lagu Digunakan Bukan Seru Roh Jahat Tetapi….
Azwa Rahman
01/06/2020 08:50 MYT
01/06/2020 08:50 MYT
Trend yang sedang tular di laman sosial, #LathiChallenge mencuri perhatian wargamaya terutama pada aksi pelakunya.
Namun, bukan sahaja aksi pelaku, lagu yang digunakan turut mencetuskan tanda tanya wargamaya apabila ada lirik bahasa Jawa digunakan. #LathiChallenge memerlukan seseorang menunjukkan teknik tatarias wajah yang cantik sebelum berubah menjadi watak yang menakutkan.
Lagu tema menggabungkan elemen muzik elektronik dan tradisional itu berjudul Lathi hasil nyanyian Weird Genius dan Sara Fajira.
Menerusi laman sosial Twitter, ada seorang pengguna yang telah memberikan maksud sebenar lirik bahasa Jawa yang disebut di dalam lagu tersebut.
“Saya orang Jawa dan saya nak jelaskan perkara ini. Chorus “kowe ra iso mlayu saka kesalahan. ajining diri ana ing lathi” sebenarnya bermaksud ”kau tidak boleh lari dari kesalahan. harga diri terletak pada bicaraannya”, tulis pengguna terbabit.
Tidak ada sebarang unsur pemujaan dan mistik pada lirik dan lagu yang digunakan, wargamaya ternyata lega dengan penjelasan yang diberikan.
“Sebagai anak jawa + banjar, I cuma senyum bila dengar. Tak rasa apa-apa pun dengan ayat tu. Pelik kenapa org lain ingat ayat tu menyeru sesuatu,” kata seorang wargamaya.
“Entah la bila bercakap bahasa Jawa selalu orang ingat tengah baca mantera. Tak faham betul dengan orang Malaysia ni,” luah seorang wargamaya.
“Entahnya. Asal lagu Jawa je berhantu apo,” tegur seorang wargamaya.
“Bahasa jawa campur muzik tu terus jadi seram,” komen seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, #LathiChallenge turut telah mengundang pelakon Mawar Rashid untuk turut serta mengambil bahagian sebagai hantu siam.
BACA: #LathiChallenge, Ingat Mudah Ke? Mawar Rashid Shoot 6 Jam, Edit 16 Jam, Hasilnya Memang Wow!
Namun, bukan sahaja aksi pelaku, lagu yang digunakan turut mencetuskan tanda tanya wargamaya apabila ada lirik bahasa Jawa digunakan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.