Penyanyi: Ziana Zain
Komposer: Saari Amri


Tahukah korang lagu nyanyian Ziana Zain, Putus Terpaksa yang kembali viral apabila Kak Lina Pom Pom menyanyikan di pentas Big Stage 5 pernah mengundang kontroversi sebelum ini.
@thisisyeoy Tak tahan muka kak lina masa props masuk tu, kekwat macam mana tahhh! Hahahaha. Pastu hujung-hujung dapat markah 2% jek dari bang Ajai! Bye kak kepommmm! #bigstage2023 #dominasibbnu #kaklinapompom #fypシ ♬ original sound - Khairul Amri Hassan

Putus Terpaksa difahamkan berdasarkan kisah percintaan seorang wanita dengan lelaki yang bergelumang najis dadah. Wanita terbabit merayu kepada teman lelakinya agar berubah.

Akhirnya, percintaan pasangan itu berakhir kerana wanita terbabit tidak sanggup meneruskan hubungan mereka.

Lagu terbabit pernah mara ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 1993 namun gagal ke pentas AJL 1993 disebabkan kontroversi liriknya yang sensitif kepada umum ketika itu.

Jom baca balik lirik lagu Putus Terpaksa, Ziana Zain:

Verse 1 :
Seringkali kau menepis
Tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku

Dapat aku merasakan
Ketara perubahan

Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku

Verse 2:
Demi masa hadapan kita
Aku merayu kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Kupasti ruang untukmu
Masih ada

Chorus :
Puas sudah ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk
Impian hidup kita

Namun tiada oh kudratku
Untuk halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu

Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian

Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti
(CHORUS )

Verse 3 :
Demi masa hadapan
Tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu

Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua kuundur diri(x 2)