Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lirik Penuh Bermakna! Lagu ‘Siapa Kata’ dari PETRONAS Bakar Semangat Rakyat Malaysia Dengan Kisah Inspirasi Mengejar Impian

Asyikin Mayudin
04/10/2022 02:30 MYT
Semua orang akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar impian biarpun berdepan dengan pelbagai rintangan dan halangan.

Lagu ‘Siapa Kata’ daripada PETRONAS nyanyian penyanyi Kaka Azraff dapat membakar lagi semangat rakyat Malaysia untuk mengecapi impian mereka.

Padat dengan kisah inspirasi mengejar impian, setiap bait-bait lirik yang penuh bermakna dalam lagu tersebut juga membuatkan kita bangkit untuk mengatasi kesukaran.

Bukan itu saja, lagu terbaharu Kaka ini turut membuka lembaran baru untuk masyarakat terus bersemangat mengejar impian mereka.

Selaras dengan kedudukan jenama PETRONAS ‘Terus Memacu Kemajuan’, ia juga memberi semangat sama seperti rakyat Malaysia yang mempunyai keupayaan mengatasi segala cabaran.

Malah, PETRONAS juga banyak memberi inspirasi kepada anak muda untuk terus mengejar impian mereka dan berjaya mencapai kejayaan yang disasarkan.

Kisah seorang anak muda bernama Muhammad Izz Amani Mohd Zulkifli, 18 yang diumumkan antara beberapa pelajar cemerlang terpilih sebagai penerima Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS (PESP) dapat membakar lagi semangat generasi muda.

Keazaman untuk menggapai impian selain ingin membalas jasa kedua-dua orang tua juga membuatkan seorang lagi penerima PESP iaitu Shahirah Abdul Halim, 18 berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Melihat kejayaan pemilik stesen minyak Petronas di Pendang, Kedah iaitu Siti Nur binti Ahmad yang pernah tular awal tahun lalu turut membuktikan semua orang mampu berjaya asalkan sentiasa berusaha dan tidak pernah berputus asa.



Menerusi lagu ‘Siapa Kata’ daripada PETRONAS, kami mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah mereka menangani kesukaran yang pernah dilalui.

Semua orang berpeluang berkongsi kisah inpirasi mengejar impian mereka melalui laman sosial dengan menggunakan #PETRONASSiapaKata. Boleh juga sertai ‘dance challenge’ menggunakan lagu tema Siapa Kata.

Tonton video muzik (MV) Siapa Kata di YouTube PETRONAS dan boleh muat naik lagu ini di JOOX, Spotify dan Apple Music.
#Kaka Azraff #Petronas #Inspirasi #PETRONAS Kaka Azraff #PETRONAS Siapa Kata #Siapa Kata