Lisa Blackpink Dikritik Kerana Tatu Pada Badannya
Maliah Surip
10/03/2023 14:55 MYT
10/03/2023 14:55 MYT
Salah seorang anggota grup wanita popular dunia, Lisa Blackpink muncul sebagai wajah sampul untuk majalah Harper’s Bazaar Singapore.
Selain penampilannya yang edgy dan sentiasa kelihatan cantik saat dipotret, kelibat pemilik nama sebenar Lalisa Manobal kali ini menuai sensasi dalam kalangan peminatnya.
Ironi, Lisa tidak ada membuat sebarang kesalahan, tetapi ada dalam kalangan pengguna media sosial dan peminat telah ‘menangkap’ sesuatu yang asing pada tubuh badan perempuan cantik itu.
Dalam foto yang dirakamkan, ternampak sedikit tatu dipercayai bentuk bunga dilukis pada bahagian belakang badan Lisa.
Tatu itulah yang telah menimbulkan sensasi dan perdebatan dalam kalangan peminat yang agak berusia terutama daripada negara asalnya, Thailand.
Ada yang berpendapat Lisa tidak pantas memiliki tatu - satu perbuatan yang masih dianggap negatif dalam kalangan warga tempatan.
Mereka menyifatkan sebagai figura yang selalu menjadi contoh anak muda, perbuatan Lisa memiliki tatu boleh mempengaruhi golongan belia yang mencintainya.
Namun tidak kurang yang ramai menyebelahi pelantun lagu Money itu dengan mengatakan dia berhak melakukan apapun yang disukai pada tubuh badannya, termasuk memilik tatu.
Melukis tatu pada badan sudah menjadi satu trend dalam kalangan anak muda di seluruh pelusuk dunia.