Pemergian Lisa Marie Presley yang meninggal dunia pada usia 54 tahun kerana serangan jantung masih menjadi sorotan media tempatan.

Penyanyi yang juga anak kepada mendiang legenda Elvis Presley itu akan bersemadi di Graceland, rumah agam peninggalan mendiang bapanya yang terletak di Memphis, Tennessee.

Persemadiannya di Graceland adalah seperti ‘menyambung tradisi. Hal ini kerana Elvis yang meninggal dunia pada 16 Ogos 1977 juga disemadikan di kawasan rumah agam tersebut.

Diketahui Elvis membeli Graceland pada tahun 1957 sewaktu berusia 22 tahun. Mendiang tinggal di situ sehingga akhir hayat dan disemadikan di kawasan seluar 13.8 ekar tersebut.

Kini Lisa Marie juga dijadual disemadikan di dalam Graceland. Lebih mengharukan, anak tunggal Elvis dan Priscilla Presley akan disemadikan bersebelahan kubur anak lelakinya, Ben, yang mati bunuh diri pada tahun 2020.

Laman sesawang Graceland mencatatkan rumah agam tersebut dibeli Elvis sewaktu Lisa Marie berusia 9 tahun.

Selepas kematiannya, Lisa Marie merupakan pewaris kepada aset tersebut selepas berusia 25 tahun pada 1 Februari 1993.

Namun 10 tahun kemudian, atas faktor penjagaan, ibunya memutuskan rumah agam dan estet tersebut dibuka kepada orang awam.

Sejak 7 Jun 1982, Graceland telah dilawati lebih 20 juga pengunjung dan peminat sang legenda dari seluruh dunia, lapor CNN.

Ini menjadikan Graceland sebagai kediaman paling kerap dilawati di negeri tersebut, terutama didatangi oleh pemuzik rock n’ roll.

Lisa Marie meninggal dunia pada Khamis selepas mendapatkan rawatan di hospital kerana mengalami masalah jantung.