Masihkah anda ingat pada watak Dian dan Azad menerusi filem komedi romantik, Istanbul Aku Datang? Tentulah, keletah watak utama filem tersebut yang diterajui oleh Lisa Surihani masih kuat membekas dalam diri penonton, apatah lagi watak Azad lakonan Tomok.

Justeru, perjumpaan Lisa dan Tomok pada baru-baru ini sedikit sebanyak mengimbau memori peminat, khususnya penggemar filem-filem Melayu tempatan.



“Reunion mini Istanbul Aku Datang yang tidak dirancang. Gembira bertemu Azad and my dear sister Tisha again after so long.

“Tomok, Lisa tumpang happy and kagum tengok Tomok perform setiap minggu, sampai look forward nak tengok apa agaknya creativity menarik yang akan Tomok persembahkan no matter what challenge.

“You always been so humble dan tak boleh nafikan juga, Tomok ada courage yang tinggi menyahut cabaran dan nampk sangat Tomok kerja keras dan tidak senang putus asa. Kualiti pendirian yang dihormati. Alhamdulillah, mara ke minggu seterusnya! All the best for the final two weeks!” ujar Lisa menerusi ruangan kapsyen di Instagramnya.

Menerusi ruangan komen, selain respons yang ditinggalkan Tomok, ramai dalam kalangan dua peminat bintang ini dilihat gembira melihat reunion mini berkenaan.

“Sebab cerita Istanbul Aku Datang tu lah aku makan maggi asam laksa.”

“Istanbul Aku Datang ni memang evergreen. I don’t know why. Cerita tu cute dan dia punya suasana sangat tenang. Tak pernah jemu. Cerita tu ada vibes sendiri.”

“Kalau cerita Istanbul Aku Datang keluar kat TV, tak pernah tak tengok sampai habis. Tengok ulang-ulang pun tak jemu.”

“Istanbul Aku Datang best bukan setakat sebab jalan cerita yg best tapi sebab pelakon yang best-best dan berbakat!.”

Selain Lisa dan Tomok, filem Istanbul Aku Datang yang ditayangkan pada 2012 itu turut dibintangi oleh Beto Kusyairi dan Aizat Amdan.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!