Lisa Surihani Lebih Faham Cara Melindungi Anak Ketika Guna Internet

Elrafaei Sapi
Ogos 9, 2018 15:23 MYT
Mungkin tidak ramai artis yang peduli bab mendalami pengetahuan tentang keselamatan siber tetapi Lisa Surihani lebih peka sebagai persediaan melindungi keluarga dan anak-anak.
Pelakon popular menyatakan aspek keselamatan siber adalah suatu yang sepatutnya diambil tahu dan dipelajari.
"Ia membantu kita bukan saja diri sendiri tapi sebagai ibu bapa dalam mendidik anak tentang bagaimana melindungi mereka ketika menggunakan Internet," katanya.
Lisa memuat naik pandangannya mengenai keselamatan siber dalam satu status di akaun Instagramnya, @lisasurihani baru-baru ini.
Menariknya, Lisa yang juga seorang ibu bukan saja mempunyai keinginan untuk timba ilmu subjek tersebut tapi sanggup menggambil kursus jangka pendek anjuran Cyber Security Malaysia sebelum ini sehingga menerima sijil kursus berkenaan.
Dalam status itu, Lisa juga memuat naik gambar ketika dia menerima sijil Certified Information Security Awareness Manager (CISAM) baru-baru ini.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @lisasurihani
#Lisa Surihani #Cyber Security Malaysia