Pelakon Lisdawati berkongsi keterujaan dan rasa terharu apabila anak sulungnya, Farhana yang berusia 11 tahun menghadiahkan buku bertajuk Auratku Maruahku.

Hadiah itu diberikan sempena ulang tahun kelahiran Lisdawati yang ke-41 dua hari lalu.

Lisdawati juga gembira kerana anaknya itu sudah memakai tudung dengan kehendak sendiri sejak berusia 10 tahun.

"Syukur Alhamdulillah, hidayah milik Allah SWT, bila anak sulung saya dah faham tentang maruah dan aurat.

"Usia 10 tahun dia dah minta untuk bertudung tanpa ada paksaan, makin jadi pemalu.

"Semoga semua anak-anak mama membesar jadi anak yang soleh dan solehah," tulisnya sebagai kapsyen.

Di entri itu, Lisdawati turut berkongsi video menunjukkan buku itu kepada suaminya, pelakon Fauzi Nawawi.

Perkongsian itu mendapat perhatian para pengikut Lisdawati di ruangan komen, rata-rata mereka memuji tentang cara didikan mereka terhadap anak-anak.

Syukur Alhamdulillah .. Hidayah milik Allah swt . Bila Anak sulung sy dah faham tentang maruah dan Aurat. Usia 10 tahun dia dah minta utk bertudung Tanpa ada paksaan. Makin jadi pemalu. ?? . . Semoga semua Anak2 mama membesar jadi Anak yg Soleh dan solehan ❤ . #auratkumaruahku

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on


Sekadar info, Lisdawati dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nor Aini Farhana, Nor Aina Fazneesya, Muhammad Fazreez Hazwan dan Ahmad Nur Fayyadh.