Lisdawati Selamat Bersalin Anak Lelaki

Amri Hassan
Julai 25, 2018 02:24 MYT
Pelakon Lisdawati, 39, telah selamat menimang cahaya mata keempat pada pukul 10.23 malam tadi.
Berkongsi perkembangan terkini menerusi Instagram, Lisdawati memaklumkan bayi lelaki seberat 3.54 kilogram itu dilahirkan secara normal.
"Syukur Alhamdulillah atas doa semua," tulis Lisdawati ringkas.
Lisda dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nor Aini Farhana, Nor Aina Fazneesya dan Muhammad Fazreez Hazwan.
Manakala, cahaya mata ini merupakan zuriat kelapan Fauzi yang sebelum ini pernah dikurniakan empat cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @lisdawati15
#Fauzi Nawawi #Bersalin #Lisdawati