Laman Utama

#ListenToAided: Fesyen & Kerjaya Seorang Penyanyi Mesti Seiring

gempak
Asraf Aided
28/06/2021
13:10 MYT
Sponsor Banner
#ListenToAided: Fesyen & Kerjaya Seorang Penyanyi Mesti Seiring
Fesyen sememangnya memainkan peranan dalam kerjaya seseorang penyanyi.
Secara peribadi, saya menyukai penyanyi yang berani dan selesa bergaya dengan fesyen yang keluar dari zon selesa dan kebiasaan.
Bercakap hal ini, sudah tentu nama Lady Gaga akan melintas dalam fikiran kita.
Perhatikan imej Gaga sejak awal kemunculannya, dia pernah menerima pelbagai kritikan dan pada masa yang sama diminati oleh para peminat dan pencinta fesyen.
Percubaan berani seperti itu akan meninggalkan kesan dalam ingatan peminat kerana secara normalnya, orang akan lebih cenderung mengingati sesuatu perkara yang lain dari yang lain.
Lihat pula contoh penyanyi tempatan, Aina Abdul pun membuat percubaan sama.
Meskipun fesyen Aina tidaklah sampai ke tahap aneh, tetapi dia kerap tampil dengan persalinan dan imej unik yang buat orang ingat akan persembahannya.
Perkara itu turut diakui Aina dalam satu temubual bersama saya tidak lama dahulu.
Menurutnya, dia mahu orang bercakap sesuatu tentang dirinya selain dari nyanyian, kerana itulah Aina sering berani berfesyen.
Malah, penyanyi berbakat ini turut akui dia amat meminati Lady Gaga dan Yuna.
"Saya suka Lady Gaga, kalau penyanyi Malaysia pula, saya suka Yuna, jadi, saya mahu jadi seorang penyanyi yang hadir dengan fesyen," katanya.
Saya tidak akan lupa kata-kata Aina itu kerana ia tersangatlah benar!
Antara gaya Aina yang cukup bold adalah ketika Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) tahun ini. Aina kelihatan memukau penuh dramatik dalam gaun hitam yang dipakainya.
Persalinan itu kelihatan begitu menepati konsep persembahan dan lagu Semalam yang mengetengahkan genre dark ballad itu.
Bukan itu sahaja, setiap perincian dan bentuk pada gaun tersebut mempunyai tafsiran maksud tersendiri secara artistik. Ia pernah dikongsi Aina menerusi akaun Instagram miliknya.
Tidak dinafikan bakat dan mutu persembahan seseorang penyanyi harus sentiasa diutamakan, namun fesyen harus gerak seiring kerana ia menambahkan lagi pakej seorang bintang!
Bagaimanapun, gaya fesyen berani harus kena pada karakter empunya diri dan bagi saya, Aina can carry it so well!
Gaya elegan, formal dan sofistikated juga antara yang terbaik untuk digayakan oleh seseorang bintang.
Lihat sahaja Datuk Sheila Majid, Salamiah Hassan dan Anuar Zain, mereka tahu identiti gaya mereka dan itulah yang dipersembahkan seiring muzik mereka.
Just my two cents, kebanyakan penyanyi baru atau lebih dikenali sebagai BBNU, mereka ini harus perhalusi aspek sebegini kerana pada pemerhatian saya, masih ramai antara mereka yang belum jumpa identiti gaya yang sebenar dan fesyen mereka juga kelihatan biasa-biasa.
Terdapat ramai jurugaya dan pereka fesyen bercitarasa di luar sana, jadi saya harap, lebih ramai lagi penyanyi tahu berfesyen dan memilih pasukan pengurusan yang betul selepas ini.
Sekian sahaja kolum saya minggu ini, Insya-Allah, jika berkesempatan, kita jumpa lagi minggu hadapan!
#NOTA: Kolum ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi penulis berkaitan dunia muzik tempatan dan antarabangsa. Penulis juga menghormati pandangan sesetengah pembaca yang mungkin berbeza dan bertentangan dengan apa yang dibincangkan.
Kredit Foto: Billboard (Lady Gaga), Instagram (Aina Abdul), News Straits Times (Anuar Zain) & Tatler Malaysia (Sheila Majid)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024