#ListenToAided: Hari Kebangsaan Bakal Tiba! Ini Lima Lagu Kenegaraan, Pencetus Semangat Kita Semua...
Asraf Aided
25/08/2021 13:40 MYT
25/08/2021 13:40 MYT
Rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan Negara ke-64 pada 31 Ogos ini.
Beberapa hari sebelum menjengah hari penuh bermakna itu, #ListenToAided mengambil kesempatan untuk mengimbas lima lagu berkaitan semangat kenegaraan yang dinyanyikan barisan artis tempatan untuk menaikkan semangat kita bersama.
Negaraku - Faizal Tahir, Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne (2016)
Empat nama ini sememangnya memiliki bakat besar dalam karya mereka, apatah lagi ketika mereka bersatu menerusi lagu ini.
Lagu Negaraku nyanyian Faizal Tahir, Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne ini dilancarkan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun 2016.
Lagu ini ditulis oleh gabungan empat penyanyi tersebut dan digubah oleh Ezra Kong, Mike Chan dan Faizal Tahir.
Gemilang - Ella
Mendengar pada lirik lagu nyanyian Ratu Rock Negara ini, Gemilang mengisahkan tentang semangat juang yang tidak kenal erti putus asa mengharungi pelbagai cabaran. Kemudian, semangat berkobar-kobar menanti saat gemilang yang akan tiba.
Lagu ini juga dipersembahkan Ella ketika penutupan Sukan Sea ke-29 di Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Gemilang mula dilancarkan pada tahun 1994 dibawah Universal Music Sdn Bhd.
Tanggal 31 Ogos - Sudirman
Saya pasti, hampir semua antara kita tahu lagu ini sejak di bangku sekolah lagi. Liriknya juga jelas-jelas menyebut tarikh bersejarah negara mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.
Lagu hasil tulisan Ahmad C.B ini dinyanyikan oleh penyanyi legenda Sudirman Haji Arshad pada tahun 1982.
Warisan - Sudirman
Pada tahun sama (1982), Sudirman menghasilkan lagu Warisan yang juga tidak kurang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Lagu ini membawa mesej untuk sentiasa mengenang jasa perwira negara dalam usaha dan pengorbanan mereka mencapai kemerdekaan yang dikecapi sehingga hari ini.
Warisan adalah ciptaan sepenuhnya Allahyarham Syed Haron. Jika anda masih ingat, lirik awalnya 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' pernah diangkat sebagai tema sambutan ulang tahun Kemerdekaan Malaysia ke-57 pada tahun 2014.
Standing in the Eye of the World
Selain Gemilang, Ella turut melancarkan lagu ini pada tahun 1998. Lebih membanggakan, Standing in the Eye of the World ciptaan David Gates dan Datuk Wah Idris ini dipilih sebagai lagu tema Sukan Komanwel 1998 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.
Seperti dalam video di atas, Ella turut mempersembahkan lagu ini ketika penutupan Sukan Sea ke-29 di Kuala Lumpur pada 2017.
Standing in the Eye of the World juga sebati dengan kebanyakan rakyat Malaysia. Selain Tanggal 31 Ogos nyanyian Sudirman, lagu ini juga biasanya telah diperkenalkan kepada kita sejak di bangku sekolah lagi.
Demikianlah lima lagu yang mampu mengobarkan semangat kecintaan kita terhadap Malaysia.
Meskipun tahun ini kita masih belum keluar dari kepompong pandemik COVID-19, namun rasa cinta akan tanah air dalam diri semestinya tidak akan terpadam.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-64 dan kekal selamat buat semua pembaca #ListenToAided!
Kredit Foto: iStock (Creator: razaklatif)