Memandangkan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan tahun ke-25 pembabitannya dalam industri muzik pada 1 April lalu, saya rasa masih belum terlambat untuk menyenaraikan beberapa lagu berhantu nyanyian beliau dalam kolum kali ini untuk dinikmati bersama.

Bergelar penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza sentiasa relevan dan tampil dengan pelbagai genre nyanyian untuk dihadiahkan kepada para peminat.

Mari imbas lima lagu lama Siti Nurhaliza yang masih sedap didengar hingga hari ini.

Cindai



Lagu berkonsep tradisional ini dilancarkan pada tahun 1997 dan menjadi kegilaan ramai ketika itu. Lagu ini dimainkan hampir di mana-mana sahaja dan diminati setiap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak sekolah.

Ya Maulai



Lagu ini merupakan single kedua dalam album Siti berjudul Sahmura. Lagu yang tinggi nilai kesenian ini mendapat sentuhan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan Hairul Anuar Harun.

Lagu ini juga memenangi kategori persembahan terbaik di pentas Anugerah Juara Lagu pada 2001.

Kesilapanku Keegoanmu



Lagu ini juga tak kurang hebatnya! Mesti masih ramai yang memilih lagu ini di bilik-bilik karaoke. Saya sendiri pun masih kerap memainkannya ketika memandu!

Jerat Percintaan



Sebelum memasuki tahun 2000, lagu ini juga turut menghantui ramai peminat. Bak kata orang, beri saja lagu apapun kepada Siti, beliau akan menyanyi dengan cara tersendiri dan tentunya merdu!

Balqis



Lagu etnik kreatif ini merupakan juara Anugerah Juara Lagu ke-15 (AJL15). Tonton saja persembahan Siti di pentas tersebut di YouTube, meriah!

Demikianlah antara lagu-lagu lama Siti Nurhaliza yang masih segar dan diminati sehingga kini.

Tidak keterlaluan juga jika saya katakan, hampir semua lagu Siti sebenarnya tidak membuatkan kita berasa jemu!

Semoga biduanita ini terus sukses dalam industri muzik Malaysia!

Kredit Foto : Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza