Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#ListenToAided: Kerna Asmara, Chocolate Cake & Pelbagai Lagi, Jom Imbas  Dan Hayati Lagu-Lagu Fazley Yaakob!

Asraf Aided
27/11/2021 11:47 MYT

Nama penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob menjadi perbualan hangat netizen sejak kemunculannya berentap di konsert minggu pertama Gegar Vaganza 8 (GV8) Ahad lalu.

Akui persembahan kurang memuaskan, Fazley telah memohon maaf atas perkara itu.

Menurut beliau, sudah lama tidak membuat persembahan mungkin menjadi faktor kepada kualiti persembahan yang tidak dimahukan.

BACA: "Gementar & Sedikit Emosi Terkenangkan..." - Dapat Markah Tercorot, Datuk Fazley Mohon Maaf Persembahan Kurang Memuaskan!

Bagaimanapun, penulis yakin kejadian dalam konsert pertama GV8 itu tidak mematahkan semangan Fazley untuk terus bertanding dalam program tersebut.

Tambahan lagi, Fazley juga bukan setahun jagung dalam industri, pengalaman berkecimpung sebagai penyanyi sejak zaman mudanya sedikit sebanyak boleh membantu untuk beliau terus bangkit.

Dalam #ListenToAided hari ini, jom imbas kembali dan hayati lima lagu nyanyian Fazley Yaakob!

Asmara Ini

Lagu ini cukup sinonim dengan tuan empunya diri, malah ia turut dipersembahkan dalam konsert GV8 Ahad lalu.

Lagu ini merupakan ciptaan komposer Ajai dan dilancarkan pada tahun 2001.

Melihat kembali muzik video lagu ini di YouTube, tiba-tiba terimbas kenangan ketika masih di zaman sekolah, penulis pun pernah menyukai lagu ini!

Kerna Asmara

Selain Asmara Ini, lagu hit Fazley yang juga digemari ramai adalah Kerna Asmara.

Lagu ini turut mendapat sentuhan Ajai dan dilancarkan sekitar tahun 2005.

Kerna Asmara dimuatkan dalam album Fazley berjudul Lain yang turut menampilkan lagu seperti Biarkanlah, Angin Malam dan banyak lagi.

Bila April

Lagu ini juga kerap dimainkan di stesen radio suatu ketika dahulu.

Selain Asmara Ini dan Kerna Asmara, Bila April juga merupakan sentuhan Ajai dan dimuatkan dalam album Lain pada tahun 2005.

Chocolate Cake

Tujuh tahun lalu, pada tahun 2014, Fazley tampil dengan lagu berjudul Chocolate Cake.

Meskipun tajuk lagu ini kedengaran ringkas, namun penggambara muzik videonya dijalankan di Paris.

Chocolate Cake turut menampilkan Caprice yang tampil pada bahagian rap. Bagaimanapun, penulis akui kurang faham dengan maksud sebenar lagu ini (mungkin disebabkan kurang pemahaman seni) tambahan lagi liriknya di bahagian hujung seumpama membacakan bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan kek coklat.

Wo Ai De Ni

Masih ingatkah anda tiga tahun lalu Fazley tampil dengan single berjudul Wo Ai De Ni?

Menariknya tentang video muzik Wo Ai De Ni, ianya dirakam di dua buah negara iaitu Malaysia dan Taiwan.

Lirik lagu ini dicipta oleh Fazley dan digubah oleh beliau sendiri bersama Ajai.

Sejak dilancarkan pada Disember 2018, jumlah tontonan video muzik lagu ini di YouTube mencecah 12,587.

Demikianlah lima lagu nyanyian Datuk Fazley Yaakob untuk diimbas dan dihayati bersama.

Apapun, penulis mendoakan agar Fazley memperoleh kejayaan dalam GV8! Best of luck!

#Datuk Fazley #Fazley #ListenToAided #Kolum Muzik #Artikel
;