#ListenToAided: Lima Fesyen Penyanyi Menarik Perhatian Di Met Gala 2021
Asraf Aided
15/09/2021 14:10 MYT
15/09/2021 14:10 MYT
Acara fesyen gilang femilang, Met Gala kembali diadakan tahun ini pada Isnin.
Bertemakan "In America: A Lexicon of Fashion" yang meraikan rekaan fesyen Amerika, acara karpet merah Met Gala 2021 dipenuhi barisan selebriti dan figura popular dalam persalinan glamour masing-masing.
#ListenToAided mengimbas lima fesyen penyanyi yang menarik perhatian di acara tersebut.
Rihanna
Boleh dikatakan, Rihanna jarang gagal berfesyen. She got attitude! Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Umbrella ini tampil menyarung persalinan hitam dari Balenciaga hasil rekaan Demna Gvasalia.
Gaya yang ditampilkan Rihanna di Met Gala tahun ini kelihatan kena dengan tema, serta karakter dirinya. Not too much and yet so cool!
Shawn Mendes
Tak berbaju? Tiada masalah! Itulah konsep pakaian penyanyi kegilaan ramai gadis, Shawn Mendes di Met Gala tahun ini.
Mendes hanya menyarungkan blazer kulit hitam daripada koleksi Michael Kors dan memperlihatkan tubuh berototnya tanpa sehelai benang di bahagian dalam, lalu dipadankan dengan seluar dan kasut hitam. Rantai warna perak dan tali pinggang dengan 'buckle' keemasan menjadi pelengkap gaya.
Justin Bieber
Justin Bieber juga menarik perhatian, simple, cool and chic!
Bieber menyarung persalinan Drew House yang memadankan jaket berpotongan rata di bahagian pinggang bersama seluar longgar hitam.
Kehadiran isterinya, Hailey Bieber yang menyarung persalinan hitam mewah daripada Saint Laurent melengkapkan lagi kemunculan mereka di acara tersebut.
Jennifer Lopez
Gaya JLo juga tidak kalah apabila tampil dalam persalinan Ralph Lauren rona coklat yang melibatkan lebih 25,000 elemen rekaan.
Persalinan itu disiapkan sekitar 12 hari dan dihasilkan oleh 15 orang penyulam terlatih.
Cape yang disarung JLo pula diperbuat daripada bulu palsu disulami dengan kristal berkilat. Cape itu sahaja dihasilkan dengan tangan dan mengambil masa lebih 200 jam untuk disiapkan.
Lil Nas X
Meskipun ini Met Gala pertama buat rapper Lil Nas X, namun dia berjaya tampil dengan penuh dramatik dalam persalinan Versace di acara karpet merah.
Lil Nas X mula-mula tampil dengan cape, lalu membuka dan memperlihatkan persalinan warna emas di dalamnya. Kemudian, dia membuka lagi dan mempamerkan pakaian mendakap tubuh warna gelap dengan perincian keemasan.
Demikian lima penampilan bintang yang menarik perhatian di Met Gala 2021.
Apapun, pilihan kegemaran bergantung kepada citarasa dan interpretasi masing-masing.
Semoga bertemu lagi dalam #ListenToAided, Rabu hadapan!
*NOTA: Kolum ini ditulis berdasarkan pendapat atau pandangan peribadi penulis tentang perkara berkaitan dunia muzik di Malaysia dan antarabangsa. Penulis juga menghormati sekiranya pembaca mempunyai pendapat yang berbeza dan bertentangan.
Kredit Foto: Instagram Met Museum, Vogue Magazine, Ralph Lauren, Shawn Mendes, Lil Nas X & Justin Bieber