NOTA: #ListenToAided adalah lebih kepada kupasan dan pandangan peribadi penulis dalam perkara berkaitan muzik tempatan dan antarabangsa.


Pejam celik, hari Isnin kembali dan anda sekali lagi menjengah ke kolum #ListenToAided minggu ini.

Tidak dinafikan, industri hiburan kita sudah diwarnai oleh penggiat wanita sejak dahulu lagi, apa salahnya jika kita mengenang hasil karya mereka sebagai satu tanda penghargaan.

Kali ini, #ListenToAided akan menyenaraikan lima lagu nyanyian lima penyanyi wanita Malaysia yang hebat dan sentiasa diminati!

Bila Larut Malam - Saloma



Meskipun sudah lama pergi meninggalkan, biduanita Puan Sri Saloma tidak pernah dilupakan. Terdapat banyak lagu Saloma yang sedap didengar, muziknya klasik dan mempunyai 'kuasa' tersendiri, salah satunya Bila Larut Malam ini!

Bunga Tanjung - Sharifah Aini



Biduanita yang satu ini juga mana mungkin pernah hilang dari ingatan. Allahyarham Datuk Sharifah Aini atau mesra disapa sebagai Kak Pah sangat berbakat dan diminati sepanjang pembabitan dan hayatnya. Meskipun ramai penyanyi membawa Bunga Tanjung dalam versi masing-masing, namun versi Kak Pah tetap menjadi kegemaran saya!

Akhirnya Kini Pasti - Anita Sarawak



Nama bintang yang satu ini tidak perlu lagi diperkenalkan. Kejayaan Anita membawa pengaruhnya hingga ke Amerika Syarikat suatu ketika dahulu harus diberi pujian. Lihat sahaja persembahan-persembahan Anita dalam konsertnya, she's a real entertainer! Antara lagu Anita yang popular adalah Akhirnya Kini Pasti, Tragedi Buah Epal, Seksis, Ular dan banyak lagi.

Cindai - Siti Nurhaliza



Datuk Seri Siti Nurhaliza, a woman who needs no introduction! Kejayaan Siti sememangnya membanggakan sehingga layak digelar penyanyi nombor satu negara. Sudah tentu banyak lagu Siti yang sedap didengar tetapi bagi saya, Cindai merupakan salah satu lagunya yang paling sinonim dan diketahui oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Sinaran - Sheila Majid



Sebut sahaja nama ratu jazz ini, sudah pasti lagu hitnya, Sinaran akan melintas di fikiran. Sinaran merupakan satu lagu malar segar dan menjadi kegemaran ramai peminat Datuk Sheila Majid hingga hari ini. Muzik yang diketengahkan Sheila sentiasa chill dan mempunyai kelas tersendiri!

Demikianlah lima lagu nyanyian lima penyanyi wanita berprofil tinggi di negara kita. Kepada mereka yang masih ada, teruslah menhargai mereka, dan kepada yang telah tiada, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah.

Jumpa lagi dalam #ListenToAided minggu hadapan!


Kredit Foto : Instagram (Siti Nurhaliza), AsiaOne (Anita), Tatler Malaysia (Sheila Majid), AWANI (Sharifah Aini) & JUICE (Saloma)