Zaiton Sameon, seorang penyanyi berbakat besar dan masih diminati sehingga kini biarpun rentak kerjayanya tidak serancak dahulu.
Zaiton, 64, mula menyinar dalam industri muzik Malaysia pada tahun 1987 apabila lagu hitnya, Menaruh Harapan menjuarai pertandingan berprestij Anugerah Juara Lagu tahun itu.
Kabut Serangkai Mawar, Berendam Air Mata dan banyak lagi, lagu-lagu Diva kesayangan ramai ini malar segar dan tentunya mempunyai kualiti yang sukar ditandingi.
Hari ini, #ListenToAided mengajak anda imbas kembali dan berhibur dengan lima lagu Zaiton Sameon.
Menaruh Harapan
I think everyone know this song! Biarpun melangkau puluhan tahun, lagu ciptaan A.Ali dan lirik oleh Habsah Hasan ini masih kedengaran 'berbisa' dan evergreen sehingga kini.
Kabut Serangkai Mawar
Selain Menaruh Harapan, saya percaya, ramai juga yang meminati dan tahu lagu ini. Lebih-lebih lagi ada juga beberapa penyanyi tempatan masa kini pernah menyanyikan lagu ini antaranya Noryn Aziz di pentas Gegar Vaganza 2018.
Kabut Serangkai Mawar merupakan lagu ciptaan sepenuhnya penyanyi dan sifu dihormati ramai, Datuk M. Nasir.
Berendam Air Mata
Lagu ini mengisahkan tentang wanita yang bertahan dengan kata-kata daripada sang kekasih. Andainya kekasih itu dapat menyelami perasaannya, barulah kepedihan yang ditanggungi dapat difahami.
Lagu ini ditulis oleh Allahyarham Juwie dan digubah oleh Manan Ngah.
Diriku Yang Tersingkir
Penceritaan sedih juga disampaikan dalam lagu ini apabila teman lelaki melupakan teman wanitanya ketika sudah berjaya. Walhal, wanita yang dilupakan itulah sentiasa ada dan menyokongnya waktu susah dahulu.
Lagu ini ditulis oleh Haron Abdul Majid dan digubah oleh A.Ali.
Cinta Sepanjang Masa
Lagu ini dimuatkan dalam album In Sensation yang dilancarkan pada tahun 2004 edaran Insictech Musicland Sdn Bhd.
Biarpun pelbagai cabaran yang telah dilalui Zaiton, dari tahun ke tahun, , beliau semakin kuat dan ini merupakan salah satu lagu yang dihasilkan dalam era tahun 2000.
Pada tahun 1990, Zaiton terlibat dalam kemalangan jalan raya di mana anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang berusia 13 tahun ketika itu meninggal dunia.
Zaiton mengalami gangguan emosi selepas itu, hinggalah memasuki tahun 2001. Beliau kembali menyanyi selepas pulih ingatan dan keadaan kesihatan mengizinkan.
Apapun, rakan-rakan artis, peminat dan penggiat media akan sentiasa menyokong Zaiton Sameon!
Semoga kita berjumpa lagi dalam #ListenToAided minggu hadapan.
Kredit Foto: Wikipedia
Asraf Aided
Wed Sep 08 2021

.jpg?ext=.jpg)
5 Jam Disiasat SKMM, Aliff Syukri Trauma - "Niat Saya Untuk Menghiburkan Anda Saja"
su terbabit memberikan pengajaran kepada kerjaya seni dan bisnesnya.

Kes Jenayah Seksual Da’i Syed, Diteruskan Atau Ditarik Balik? Rupa-Rupanya...
Pengadu dalam kes itu telah ...

CANTIK TAK - EP5
Konsep apa saja yang sempat uols! Hahaha, ada ye konsep mekap macam tu? Tapi kalau dah ada anak kecil ni kan memang mencabar tau! Nak tahu sebab apa Elfira mengucap panjang bila Rayyan pegang gincu? Jom tonton sama-sama, memang terhibur gais. #SmileOutLoud #ColgateOpticWhiteO2 #CantikTak #RiaX #RamadanSLK #RayaSLK @colgate_malaysia

Eh Lovenya! Siti Nurhaliza 'Ambil Takhta’ Di New York Times Square!
Saya merupakan salah seorang wakil bagi senarai lagu....

“Jangan Bertuhankan Duit” - Pernah Discam, Ini Pesan Farah Nabilah
Drama yang beri pengajaran.

Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah Anak Ketika Sambutan Hari Jadi Pertama
Wah comelnya anak Miera....

“Epidural Tu Pun Sejenis Drugs..”- Mahu Bersalin Secara Natural, Raja Ilya Pilih Water Birth
Macam mana bersalin dalam air?

Uqasha Senrose Terima Tawaran Berlakon Daring, Kamal Adli Tak Selesa.. - “Kita Bukan Hollywood”
Apa dah jadi ni?

"Saya Sihat..."- Dapatkan Rawatan, Yasin Masih Pertahankan Kanabis?
Alhamdulilah Yasin nampak sihat...

Ditawar Habuan Lumayan Jadi Duta Produk, Eizlan Yusof; "Saya Tak Boleh Ulas Lanjut..."
Eizlan Yusof enggan mengulas lanjut. Betul ker tak?