Kolaborasi penyanyi dari negara berbeza bukanlah satu perkara baru dalam industri muzik di Malaysia mahupun di luar negara.
Ia mendatangkan banyak kebaikan, antaranya meluaskan pengaruh di negara luar dan mengukuhkan lagi nama seseorang penyanyi.
#ListenToAided minggu ini menyenaraikan lima lagu duet hasil kolaborasi penyanyi Malaysia dan Indonesia yang sentiasa sedap didengar.
Ajai & Krisdayanti - Hati Ini Telah Dilukai
Meskipun sudah lama dilancarkan (sekitar 1999), saya percaya lagu ini masih menjadi kegemaran ramai terutamanya di bilik karaoke.
Lirik Hati Ini Telah Dilukai ditulis sendiri oleh Ajai dan digubah oleh Nassier Abu Kassim dan Ajai sendiri.
Pada pendapat saya, lagu ini masih sedap di dengar sehingga hari ini, tak lapuk ditelan zaman!
Hafiz Shuib & Rossa - Salahkah
Tidak kurang juga lagu ini, padanan vokal mantap Hafiz dan Rossa sememangnya tidak boleh dipertikaikan.
Mula dilancarkan sekitar tahun 2013, lagu ini disusun oleh Badai Kerispatih dan digubah oleh Moh Charly Van Houtten.
Kedua-dua penyanyi hebat ini tidak tenggelam dan menyerlah dengan kualiti nyanyian dan aura masing-masing, Hafiz pun kerap menang di Anugerah Juara Lagu (AJL), sememangnya layak bergabung dengan Diva Indonesia itu!
Siti Nurhaliza & Judika - Kisah Ku Inginkan
Ini merupakan salah satu lagu kegemaran saya dan tak pernah jemu mendengarnya.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berpadu suara dengan Judika yang juga sangat popular di Indonesia dalam lagu yang ciptaan Ivan Lahardika ini.
Kisah Ku Inginkan juga dimuatkan dalam album Siti berjudul Simetri Siti pada tahun 2017.
Siti Nurhaliza & Chakra Khan - Seluruh Cinta
Satu lagi kolaborasi Datuk Seri Siti bersama penyanyi Indonesia yang bukan calang-calang.
Suara serak dan 'macho' dimiliki Chakra Khan kedengaran sesuai dipadankan dengan vokal lunak dan merdu Siti dalam lagu ini.
Seluruh Cinta digubah oleh Krishna Balagita dan dilancarkan pada tahun 2014.
Cakra Khan & Hael - Terlanjur Cinta
Dilancarkan tahun lalu, lagu ini sememangnya menampilkan gabungan mantap Cakra dan Hael.
Semua sedia maklum, dua-dua nama ini mempunyai bakat yang luar biasa dan mempunyai ramai peminat di negara masing-masing.
Digubah oleh David Sam dan Irwan Sutanto, tontonan muzik video rasmi lagu ini mencecah lebih 3 juta di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Demikianlah lima lagu kolaborasi hebat antara penyanyi dua negara, Malaysia dan Indonesia yang terkenal dan semestinya digemari ramai peminat.
Tentunya banyak lagi kolaborasi yang hebat pernah terjalin dalam industri muzik negara kita bersama negara-negara jiran.
Apapun, setiap penyanyi mempunyai peminat dan penyokong mereka sendiri, jadi, teruskan meminati dan menyokong penyanyi kegemaran anda!
Semoga kita berkesempatan bertemu lagi dalam #ListenToAided minggu hadapan.
Take care and stay safe!
NOTA: #ListenToAided ditulis berdasarkan pendapat atau pandangan peribadi penulis. Penulis juga menghormati sekiranya terdapat pembaca yang mempunyai pendapat yang bertentangan.
Kredit Foto: Inilah Realiti (Siti & Judika), Budiey (Hael & Cakra) & Tribun News (Rossa & Hafiz)
Asraf Aided
Mon Jul 05 2021


“Tiada Isteri Mahu Perkara Tak Baik Jadi Pada Suami…” - Aliff Aziz Tidak Akan Berlakon Lagi Dengan Sophia Albarakbah
Aliff akur permintaan Bella

“Tidak Semua Penyondol Itu Bersalah, Tidak Semua Yang Disondol Itu Bersalah” - Nasihat Fazley Yaakob
Datuk Fazley beri pendapat isu penyondol.

"Dia Penyayang, Penyabar Sama Macam Arwah" - Shuib
Watie ada ciri-ciri seperti arwah Siti Sarah.

Didakwa 'Sondol' Rumah Tangga Bella Astillah Dengan Aliff Aziz, Ini Respon Sophia Albarakbah
Semoga dapat selesaikan dengan cara baik...

Priyanka Chopra Dedah Wajah Anak Selepas 1 Tahun, Peminat: “Dia Ada DNA Nick Jonas!
Comel!

Tiga Rapper Hilang Secara Misteri Selepas Tak Jadi Buat Persembahan
Alamak...

Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Episod 7
Akim begitu gembira mendapat kerja dan berjanji akan berubah menjadi manusia yang lebih baik. #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi | Episod 7
Ejoi nak buat mixed tape lagu-lagu cinta. Ejoi cuba selidik citarasa lagu Phoebe melalui Laila. Tapi Ejoi tak berkesempatan nak bagi mixtape pada Phoebe. #KisahCintaPhoebeDanEjoi #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Memang Legend! Lepas Tawan Semenanjung & Singapura, Exists Konsert Di Sarawak Mei Ini
Tak sabar!

Sean Lee Dipaksa Nyanyi Lagu Trending Dekat Public! | Gempak Most Wanted EP19
This week kita memang tak kasi chance! Amelia senyum puas hati dekat rumah tengok Sean kena nyanyi lagu dekat public #GempakMostWanted #GempakMostWanted2022 #GempakMostWantedShow