Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#ListenToAided: Lima Lagu Ini Mungkin Buat Bulu Roma Anda Berdiri!

Asraf Aided
13/10/2021 13:15 MYT
Sesebuah lagu mempunyai banyak kesan terhadap 'mood' pendengar, selalunya menghiburkan hati, menenangkan malah ada yang membangkitkan rasa seram.

Lagu-lagu yang mungkin disifatkan seram, kadang-kadang tidak semestinya mengandungi lirik yang membuatkan bulu roma berdiri, cukup sekadar cara nyanyian atau mungkin jika dijadikan runut bunyi filem seram, kita akan selalu teringat-ingat. Malah, ada juga lagu yang tidak berkaitan cerita hantu, tapi dikaitkan dengan kisah dongeng seram.

Di sini, #ListenToAided mengimbas lima lagu yang berkait rapat dengan kisah seram, tidak kira dari filem mahupun yang pernah dikaitkan dengan kisah yang boleh membuat naik bulu roma!

Pulangkan - Misha Omar



Siapa sahaja yang tidak tahu lagu ini, dengar sahaja mesti teringat akan filem seram yang pernah mencetus fenomena, Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) lakonan aktres jelita Maya Karin.

Lagu ini dilancarkan pada tahun 2004 dan ditulis oleh Ajai, Suhaimi Baba dan Habsah Hassan.

Selain meninggalkan kesan seram kepada orang ramai yang menonton PHSM, nyanyian Misha juga tentunya bukan calang-calang. Lagu ini berjaya memenangi kategori balada dan vokal terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-19 (AJL19).


Ku Seru - Misha Omar



Lagu ini tidak kurang hebat memberi kesan, dengar sahaja mesti teringat akan Pontianak Harum Sundal Malam 2, sambungan dari filem sebelumnya.

Seperti Pulangkan, lagu ini juga berkait rapat dengan penceritaan filem PHSM 2 yang menggambarkan perasaan Meriam. Ketika rakaman lagu ini, Misha dikatakan menangis kerana terlalu menghayati lagu tersebut.


Cindai - Siti Nurhaliza



Bagi saya secara peribadi, lagu ini bukan mengisahkan tentang apa-apa hantu, mahupun unsur mistik lain. Tapi ada juga yang bercakap-cakap, kononnya lagu Cindai ini ada kaitan dengan cerita-cerita seram. Sejauh mana kebenarannya, kita pun tidak tahu.

Cindai merupakan lagu pop etnik dikeluarkan pada tahun 1997. Cindai membawa dua maksud, pertama kain sutera berbunga-bunga yang cantik tekturnya. Kedua, ia juga membawa maksud pontianak dalam Bahasa Minangkabau. Mungkin maksud kedua ini mencetus kepada kisah-kisah seram yang pernah diperkatakan?

Lingsir Wengi

Lagu ini adalah lagu Jawa yang terkenal sejak sekian lama. Ia terkenal di Indonesia dan pernah dijadikan muzik dalam filem Kuntilanak.

Dalam filem tersebut, lagu ini digunakan ketika kegiatan memuja atau memanggil makhluk halus. Pencipta asal lagu Lingsir Wengi adalah Susan Kalijaga yang dilahirkan pada 1450M. Beliau merupakan penyebar Agama Islam melalui platform budaya seperti wayang kulit, gamelan, seni ukir dan lain-lain.

Memandangkan ada yang mengatakan lirik lagu ini diguna sebagai mentera untuk menyeru makhluk halus dan tidak digalakkan dinyanyikan pada waktu tertentu. Jadi, lebih baik jika kita berhati-hati ketia mendengar, atau mungkin tidak menyanyikannya untuk menjaga soal akidah.

Kelam Malam - The Spouse


Lagu ini merupakan runut bunyi dalam filem Pengabdi Setan 2 yang mencetus fenomena di Indonesia.

Lagu ini diambil inspirasi daripada Di Keheningan Malam oleh Anna Manthovani yang dilancarkan pada tahun 1960.

Meskipun lagu ini yang dilancarkan pada tahun 2017 ini tidak memuja apa-apa, tapi, muzik dan cara nyanyiannya sahaja boleh buat saya meremang bulu roma! Tak mungkin akan dengar ketika berseorangan!

Demikian sahaja sedikit imbasan lagu dalam #ListenToAided hari ini. Semoga kita berkesempatan bertemu minggu hadapan!

Dah undi artis kegemaran korang di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!



#Hantu #Filem Seram #muzik #Listen To Aided #Lagu Seram
;