NOTA: #ListenToAided adalah lebih kepada ulasan dan pandangan peribadi penulis berkaitan dunia muzik tempatan dan antarabangsa

***

Mengimbas zaman persekolahan, sudah tentu kita akan teringat pelbagai perkara, tidak terkecuali lagu.

Saya masih ingat zaman sekolah rendah yang masih mengumpul lirik lagu dari majalah, membeli cakera padat album artis kegemaran dan macam-macam lagi.

Dalam #ListenToAided kali ini, saya senaraikan lima lagu popular di zaman persekolahan, bukan sahaja ketika zaman saya, malah dicampurkan dengan lagu dari zaman rakan-rakan saya.

Kenangan Terindah - Samsons



Lagu ini sangat popular dan sering dimainkan suatu ketika dahulu. Tambahan lagi jika ada sambutan Hari Guru atau majlis perpisahan, mesti ada kumpulan atau persembahan solo yang mendedendangkan lagu ini.

Kenangan Teringah dilancarkan pada tahun 2006, sama tahun dengan pelancaran lagu penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia.

My Heart - Irwansyah & Acha Septriasa



Lagu duet ini juga pernah berhantu ketika zaman sekolah kebanyakan dari kita, cuma ada yang masih di sekolah rendah, dan ada yang sudah berada di sekolah menengah.

Bagi saya, lagu ini mempunyai kualiti tersendiri, malah sedap didengar hingga hari ini.

Biarlah Rahsia - Datuk Seri Siti Nurhaliza



Siapa sahaja yang tidak tahu lagu ini. Biarlah Rahsia merupakan salah satu lagu Siti yang paling popular dan diingati.

Ketika itu hangat khabar angin antara Siti dan pilihan hatinya. Namun ketika itu masih tiada 'netizen' kerana media masih kukuh melalui penyiaran dan media cetak.

Just Dance - Lady Gaga



Awal kemunculan pesohor Hollywood ini, lagu Just Dance inilah yang membuatkan ramai mula jatuh cinta dengan Lady Gaga.

Imej unik, lain dari yang lain Gaga juga menjadi sebutan ramai ketika itu, malah ia menjadi daya penarik dan tanda identiti tersendiri.

Umbrella - Rihanna



Oh! Rindu zaman ini! Ketika ini saya berusia 15 tahun. Masih ingat lagi saya dan rakan-rakan sekolah selalu mendengar lagu ini dalam telefon bimbit kami yang biasa-biasa saja ketika itu, sudah tentu tidak secanggih sekarang!

Demikianlah lima lagu yang popular ketika zaman persekolahan untuk mereka yang lahir dalam lingkungan hujung 80'an dan 90'an.

Semoga kita berjumpa lagi dalam #ListenToAided minggu hadapan!