Laman Utama

#ListenToAided: Muzik Bukan Saja Menceriakan! Tapi Ada Kebaikan Untuk Kesihatan Mental & Fizikal!

gempak
Asraf Aided
06/10/2021
13:10 MYT
Sponsor Banner
#ListenToAided: Muzik Bukan Saja Menceriakan! Tapi Ada Kebaikan Untuk Kesihatan Mental & Fizikal!
Dalam kehidupan seharian, biasanya kita hanya mendengar muzik atau lagu kegemaran hanya untuk menghiburkan hati atau memecah kebosanan.
Jarang sekali atau mungkin tidak pernah kita mendalami apa kebaikannya untuk kesihatan fizikal mahupun mental.
Di sini, #ListenToAided kongsikan lima kebaikan muzik yang bermanfaat untuk kita semua.
Muzik Beri Kesan Terhadap Mood
Tipulah kalau kita tak sedar perkara ini! Ia juga terbukti menerusi kajian oleh mereka yang bertauliah. Muzik boleh membuatkan mood seseorang menjadi lebih baik.
Berdasarkan kajian oleh PubMed Central yang diterbitkan di healthline.com, para pengkaji telah menemubual beberapa kumpulan yang berbeza umur, jantina dan latar belakang, namun mereka mempunyai sebab yang sama untuk mendengar muzik yang berkait dengan kesannya terhadap mood masing-masing.
Menenangkan Ketika Rasa Gelisah
Terdapat banyak bukti atau kejadian menunjukkan muzik boleh menenangkan ketika seseorang berasa gelisah atau anxiety.
Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh PubMed Central, tubuh manusia kurang melancarkan hormon stress (cortisol) ketika sedang mendengar muzik.
Muzik yang digabungkan dengan bunyi alam juga memberi kesan yang positif dalam usaha mengurangkan anxiety.
Kesan Baik Terhadap Memori
Muzik juga mempunyai kebaikan untuk daya ingatan. Dalam satu kajian oleh PubMed Central, mereka yang mendengar muzik klasik sambil membaca senarai perkataan mempunyai daya ingatan yang lebih tinggi berbanding mereka yang membaca senarai perkataan dalam keadaan senyap.
Membantu Mereka Yang Ada Tanda-Tanda Kemurungan
Dalam satu kajian (PubMed Central) pada tahun 2017, muzik klasik yang digabung dengan jazz mempunyai kesan positif terhadap simptom kemurungan, terutamanya menerusi beberapa sessi yang dikendalikan oleh ahli terapi yang bertauliah.
Jika tidak suka muzik klasik atau jazz, paluan gendang secara berkumpulan (drum circles) juga didapati memberi kesan positif kepada mereka yang menghidap depresi.
Kesihatan Jantung
Selain bersenam, menari pun ada kebaikan tersendiri! Mendengar muzik boleh mengubah kadar pernafasan, denyutan jantung dan tekanan darah bergantung kepada rentak atau tempo muzik yang didengar.
Tidak hairanlah ramai antara kita yang selalu mendengar muzik ketika bersenam di gimnasium, mahupun ketika berjogging di taman.
Begitulah sedikit perkongsian tentang kebaikan muzik yang boleh kita nikmati berdasarkan beberapa kajian yang telah dibuat.
Semoga kita bertemu lagi dalam #ListenToAided minggu hadapan, Insya-Allah.
Rujukan: healthline.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live