Tidak dinafikan, program televisyen (TV) yang berkonsepkan pertandingan nyanyian sememangnya digemari ramai.
Selain menyaksikan persembahan, kita juga dapat melihat pelbagai hal lain yang dipaparkan seperti cerita-cerita eksklusif para peserta, cabaran yang mereka lalui dan macam-macam lagi, terutamanya jika program itu disiarkan secara langsung di kaca TV.
Baru-baru ini, sifu muzik tanah air, Datuk M. Nasir berkongsi pendapatnya tentang tren pertandingan nyanyian di TV dan apa yang disukai oleh para penonton.
Menurut penyanyi lagu Nusantara itu, orang ramai lebih menyukai pertandingan nyanyian di TV berbanding konsert hiburan biasa kerana mahu melihat baik buruk persembahan penyanyi, tidak kurang juga drama yang berlaku.
"Kalau kita perhatikan di TV, sudah tidak ada sangat program yang semata-mata menunjukkan penyanyi yang menyanyi semata-mata, melainkan pertandingan.
Begitu juga dengan program TV di luar negara, seluruh dunia pun lebih kurang begitu.
"Dalam pertandingan, orang mahu tengok dari segi drama dan juga baik buruk seseorang penyanyi itu.
"Kalau kita lihat Gegar Vaganza sebagai contoh, kita dah tahu penyanyi mana yang boleh menyanyi, tapi kita tetap mahu lihat mereka dalam pertandingan itu," katanya.
Selain perihal program nyanyian, M. Nasir juga mendedahkan bahawa industri muzik mula terganggu sejak munculnya zaman penghasilan video klip lagi.
Menurutnya, populariti sesebuah lagu sebelum itu bergantung kuat kepada pasaran menerusi radio.
"Industri muzik sebenarnya dah mula jatuh sejak munculnya video klip lagi. Zaman sebelum munculnya video klip, radio memang memainkan peranan besar.
"Dahulu, lagu yang popular di radio, itulah yang popular walaupun orang tak nampak sangat penyanyinya. Tapi sejak kemunculan video klip, ianya sudah berbeza," katanya lagi.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Sentuhan Listrikmu itu menerima perkembangan teknologi yang mencetuskan perubahan.
"Apa yang kita boleh buat kerana perkara ini berlaku disebabkan perubahan teknologi," tambahnya.
Semoga kita bertemu lagi dalam #ListenToAided minggu hadapan!
Asraf Aided
Thu Jan 13 2022


Kuala Lumpur Antara Bandar Paling Overworked! Alamak, Ramai Ke Stress Kerja?
Alamak serius ni!
.jpg?ext=.jpg)
Jijik! Kourtney Kardashian Minum Air Ma*i Travis Barker 4 Kali Seminggu
Pasangan Kourtney Kardashian dan Travis Barker yang baru berkahwin nampaknya tidak menunggu lama untuk mendapatkan anak.
.jpg?ext=.jpg)
Kurusnya Sherry Alhadad, Dah Macam Janna Nick! - "Ni Mesti Nak Kahwin Kan?"
Ramai tercabar tengok Sherry makin kurus...

#Foodieslife: Hati-Hati, Jangan Panaskan 5 Makanan Ini Dalam Microwave!
Oh, baru tahu!

Punya Anak Luar Nikah, Rezky Aditya: “Saya Minta Maaf Atas Masa Lalu”
Kecoh mengenai keputusan yang dikeluarkan mahkamah Tinggi Banten mengenai status seorang anak dari wanita bernama Wenny Ariani.

Alamak! Netizen Kritik Baju Ketat & Seksi, Isteri Haqiem Rusli Tutup Ruangan Komen?
Alamak netizen dah tegur tu.

“Mendatangkan Salah Faham Ramai Pihak…” - Gaya Tudung Seperti Rahib, Aina Abdul Mohon Maaf
Aina Mohon Maaf.

“Pemandu Teksi Terbabas Langgar Kereta Kami” - Naqiu Kemalangan, Kereta Remuk Teruk
Nervousnya...

Mamat Sweden Biawak Hidup Kahwini Wanita Melayu Di Langkawi, Bekas Isteri; "Dia Pukul Saya Sampai Masuk Hospital 3 Kali"
Viral kisah lelaki Sweden kahwini kekasih berbangsa Melayu...

Shaa Pernah Terfikir Nak Masuk Pertandingan Realiti, Tapi Takut!
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Pertama Kali, Shaa sentiasa terbuka untuk menyertai pertandingan realiti.