Laman Utama
#ListenToAided: Rupa-Rupanya Shiha Zikir Peminat Besar New Boyz! Ini Lagu-Lagu Yang Didengar Dalam Mood & Keadaan Berbeza
Muzik sememangnya memainkan peranan dan memberi mood yang berbeza kepada kita, bergantung pada situasi.
Saya percaya, ramai yang memilih untuk mendengar lagu rancak ketika sedang gembira, begitu juga sebaliknya, ramai juga yang memilih lagu yang agak perlahan mendayu-dayu ketika sedang bersedih.
#ListenToAided hari ini menampilkan selebriti versatil yang sudah saya anggap seperti seorang sahabat, tak lain tak bukan Shiha Zikir.
Shiha tampil berkongsi beberapa pilihan lagu yang sering didengari dalam mood dan situasi yang berbeza.
Lagu Sedih
Ketika sedang bersedih, penyanyi lagu AEWO ini gemar memainkan lagu Hurt nyanyian Christina Aguilera.
"Kalau saya sedang rindu arwah Abah, saya akan mainkan lagu Hurt, kadang-kadang saya suka karaoke lagu sedih seperti Gundah nyanyian Ernie Zakri," katanya.
Lagu Hurt yang dilancarkan pada tahun 2006 dalam album Christina berjudul Back To Basics sememangnya mengisahkan tentang seorang bapa dan masih diminati ramai sehingga kini.
Lagu Gembira
"Kalau sedang gembira pun bergantung kepada mood saya, kalau tengah gedik-gedik manja, saya akan pasang lagu Blackpink dan menari sekali.
"Biarlah step tak betul pun saya tetap confident sebab tengah happy, I don't care!," selorohnya.
Selain lagu-lagu Blackpink, Shiha juga gemar mendengar lagu-lagu nyanyian Meghan Trainor, Bruno Mars dan Shakira.
Lagu 'Feeling Angau'
Saya memberitahu Shiha, inilah yang paling saya nanti-nantikan! Menurutnya, dia suka 'layan' semua lagu New Boyz ketika angau pada usia muda remaja!
"Lagu feeling angau waktu muda remaja dulu, saya akan dengar semua lagu-lagu New Boyz, betul tak tipu!
"Saya adalah peminat New Boyz, saya sanggup kayuh basikal pergi beli buku tentang New Boyz dan Tomok kemudian letak dalam raga, bayangkan," katanya.
Kata Shiha, Tomok yang merupakan vokalis New Boyz sukar untuk percaya kisah itu hingga sekarang. Bukan itu sahaja, rakan-rakannya di sekolah dahulu juga memanggilnya Shimok sebagai gabungan nama Shiha dan Tomok!
Lagu Relaks
"Kalau saya sedang relaks, biasanya saya suka mendengar lagu Everything nyanyian Michael Buble," kata pemilik nama sebenar Norshiha Mohd Zikir itu.
Everything nyanyian Michael Buble adalah lagu yang dimuatkan dalam album Call Me Irresponsible yang dilancarkan pada tahun 2007.
Lagu-Lagu Percutian & Lepak
Shiha memberitahu, dia gemar mendengar lagu-lagu evergreen nyanyian Michael Buble dan Elton John.
"Kalau tengah bercuti saya suka dengar lagu-lagu lama dan evergreen seperti lagu Elton John dan Michael Buble.
"Semua jenis lagu pun saya dengar, tapi yang penting lagu Shiha Zikir mesti ada," katanya tertawa.
Demikianlah perkongsian Shiha tentang jenis lagu yang didengar bergantung kepada mood dan keadaan berbeza.
Semoga kita berkesempatan bertemu lagi dalam #ListenToAided minggu hadapan, Insya-Allah.
***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Must-Watch Video