Pelakon Liyana Jasmay membuat keputusan untuk menjual beberapa pasang kasut berjenama miliknya kepada peminat.

Menurut Liyana, 32, saiz kakinya telah berubah menjadi besar selepas dia melahirkan anak pertama iaitu Sofia Arissa pada tahun 2014.

"Kasut-kasut saya untuk dijual! Saiz 35 dan 35.5. DM saya jika anda berminat! Saya bebel banyak sambil tunjuk anda kasut-kasut saya.

"Tapi kasut-kasut ini saya jarang pakai. Jadi, selepas beranakkan Sofia, kaki saya besar jadi saiz 36.5," tulisnya di Instagram (IG).

Sementara itu, pelantun lagu Aku Tak Percaya Cinta akui koleksi tersebut sangat berharga buat dirinya justeru agak memakan masa sebelum membuat keputusan untuk dijual.

"Oh well... semua kasut ini sangat berharga bagi saya sebab itu lama saya fikir nak jual ke tak?

"Jadi, jika ada antara anda yang kaki saiz 35.5 dan 35 boleh DM saya jika anda betul-betul berminat okay," tulisnya lagi.

My shoes for sales! 35.5 and size 35. DM me if you are interested! Lols I bebel bnyk sambil show u my shoes. But basically kasut2 ni I jarang pakai. So after beranak kan Sofia, kaki I besar jadi size 36 and half. Oh well.. These shoes are so precious to me. Sbb tu la lama I fikir nak jual ke tak!? So if any of you girls yg kaki size 35.5 and size 35 can DM me if you are really interested okay?

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay) on


Liyana berkahwin dengan ahli perniagaan muda, Fathudin Mazlan, 36, pada Februari 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sofia Arissa dan Selena.