Liza Hanim, 5 Anak & Ibu Positif COVID-19 – “Yang Ditakuti Terjadi…”
Fiza Kamarudin
29/12/2021 02:37 MYT
29/12/2021 02:37 MYT
Penyanyi Liza Hanim, lima orang anak dan ibunya positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumah.
Liza berkata, dia menerima apa yang telah ditakdirkan dan menganggap ia sebagai ujian dari Allah buat mereka sekeluarga.
Kata Liza, jangkitan disyaki berpunca daripada ahli keluarga lain yang datang menziarah anak ketiganya berkhatan.
“Alhamdulillah, kami semua okay sahaja dan sedang kuarantin di rumah. Setakat ini tidak ada simptom yang teruk.
“Mujur ada suami yang menguruskan kami semua. Dia sahaja yang negatif selepas ujian calitan. Apapun saya anggap ini sebagai ujian dan reda,” katanya.
Tambah Liza dia turut mengalami simptom seperti hilang deria rasa dan bau serta demam.
“Saya alami simptom hilang deria rasa dan bau serta deman onn off. Batuk dan selesema juga. Begitu juga dengan anak-anak.
“Cuma anak bongsu dan ibu sahaja tidak ada simptom yang teruk,” katanya.
Terdahulu, Liza berkongsi mengenai berita sedih mengenai dirinya dan keluarga positif COVID-19 menerusi laman sosial Instagram.
“Bismillahirrahmanirrahim. Yang ditakuti terjadi. I am part of the statictics now. (Saya sebahagian daripada statistik sekarang).
“Akak mohon doakan akak, mak akak dan kelima-lima anak kembali pulih daripada Covid-19. Alhamdulillah kami dipilih menerima ujian Allah. Semoga kami kuat,” tulisnya.