Liza Hanim Dan Suami 'Babymoon' Di Turki, Baru Dapat Peluang Untuk Gunakan Hadiah Gegar Vaganza.

Badrul Hashim
November 16, 2018 00:43 MYT
Jarang dapat tengok gambar-gambar Liza Hanim dan suami, Shahrin Samsudin bercuti bersama. Suami yang sentiasa menyokong kuat kerjaya isterinya,menurut Liza Hanim seperti menatang minyak yang penuh.
Menurut Liza, trip ke Turki sebenarnya adalah Gegar Vaganza 4 (GV4) yang baru berkesempatan untuk beliau gunakan kerana sibuk dengan undangan nyanyian.
“Jalan berdua tu perlu... reignite the love kata orang Klang,” seloroh Liza.
“Terima kasih @selamat bercuti (selamatbercuti.com) di atas kemenangan ini, dapat saya dan suami babymoon.”
#Liza Hanim