,
Laman Utama

Lizzo Akui Tindik Alat Sulit, Nyatakan Hasrat Mahu Bergambar Untuk Majalah Playboy

Izwan Isa
15/02/2022
04:50 MYT
Umum mengetahui bahawa penyanyi Lizzo merupakan salah seorang selebriti yang bersifat daring dan berani.
Selain lantang bersuara mengenai hal-hal semasa, Lizzo juga dilihat cukup selesa dengan untuk berbicara soal yang menyentuh hal dalam kain.
Baru-baru ini, Lizzo mengakui yang dia ingin bergambar dengan majalah erotik popular, Playboy.
“Oh my God, beritahu Cardi (Cardi B) untuk menghubungi saya,” ujarnya kepada TMZ yang bertanyakan adakah dia sudah bersedia bergambar untuk majalah berkenaan.
“Saya suka Playboy! Ya, saya akan buat,” katanya lagi.
Cardi B diumumkan sebagai pengarah kreatif pertama residensi yang bertanggungjawab untuk meneliti bahagian gaya hidup majalah Playboy pada Disember tahun lalu.
Penyanyi lagu Rumors itu turut mendedahkan yang dia kini memiliki banyak tindik di seluruh badannya.
“Buat masa ini, saya mempunyai banyak tindik, tak sangka saya akan jadi gadis yang memiliki banyak perhiasan ini.
“Kamu tidak boleh lihat alat sulit saya, saya tidak boleh tunjuk kepada kamu,” katanya lagi.
Terdahulu, Lizzo memuat naik sepotong video di Twitter yang memperlihatkannya tidak mengenakan pakaianl dan menulis: “Jika kamu mencintai saya, kamu akan menyayangi semua ini. Kamu tidak boleh memilih. Kita patut mencintai semua orang tanpa syarat, bermula dengan menyayangi diri kita apa adanya,” tulis Lizzo.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Lizzo Disaman Buat Gangguan Seksual, Rasis Hingga Hina Fizikal Penarinya

gempak
03/08/2023
06:50 MYT
Tiga orang saman serentak!
Laman Utama

Menteri Perancis Jadi Cover Majalah Playboy Cetus Kemarahan

gempak
03/04/2023
14:54 MYT
Seorang menteri wanita Perancis mencetuskan kemarahan rakyat termasuk penyokongnya sendiri.
Laman Utama

Grammy Awards 2023: Menang Record of The Year, Lizzo Dedah Cabut Sekolah Untuk Tonton Beyonce

gempak
07/02/2023
13:31 MYT
Penyanyi Lizzo diumumkan sebagai pemenang Rekod Sepanjang Tahun dalam Grammy Awards 2023
Hiburan

Lufya Omar Tak Duduk Diam Kena Kecam, "Baca Komen Buat Darah Saya Naik Turun ..."

gempak
28/08/2020
01:36 MYT
Ingat senang ke nak jaga anak perempuan?
Berita

“Sedihnya Tengok….”-Anak Meraung Ketika Ditindik Telinga, Lufya Dedah Situasi Sebenar

gempak
27/08/2020
07:27 MYT
Anak Meraung Ketika Ditindik Telinga, Lufya Dedah Situasi Sebenar