Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Lizzo Disaman Buat Gangguan Seksual, Rasis Hingga Hina Fizikal Penarinya

Maliah Surip
03/08/2023 06:50 MYT

Penyanyi yang kerap melaungkan slogan sayangi diri meski tidak memiliki tubuh badan idaman, Lizzo berdepan saman daripada tiga bekas penarinya.

Mereka adalah Arianna Davis, Crystal Williams dan Noelle Rodriguez yang merupakan penari dalam siri konsert penyanyi yang terkenal dengan lagu Truth Hurts.

Antara isi saman yang difailkan di Los Angeles itu, mendakwa Lizzo telah melakukan gangguan seksual, mencipta persekitaran kerja tidak sihat sehingga membuat pekerja bermusuhan, rasis terhadap agama dan warna kulit.

Lizzo juga didakwa menghina fizikal atau bentuk tubuh sebelum memecat penarinya dalam sebuah mesyuarat.

Menerusi laporan The Guardian semua kejadian tersebut berlaku di antara tahun 2021 sehingga 2023.

Salah seorang penari mendakwa telah dipaksa menyentuh tubuh seorang penari bogel di sebuah kelab di Amsterdam. Lebih teruk, Lizzo didakwa memaksa mereka melakukan perbuatan jijik seperti memakan pisang yang berada dalam alat sulit penari bogel wakita di kelab tersebut.

Lizzo juga dikatakan kerap berbual lucah dan berkongsi mengenai fantasi seks bersama para penarinya.

Dia juga didakwa telah memaksa para penari menjalani uji bakat selama 12 jam sebelum menuduh mereka mabuk sewaktu bekerja.

#Penyanyi #Hollywood #saman #Seksual #Lizzo #Rasis