Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

LM 410 Motosikal Paling Ekstrem Dibina Lazareth Berharga RM450,000

Erywan
18/02/2020 08:34 MYT
Motosikal empat roda yang berbentuk pelik ini sebenarnya berasal dari Perancis dan dibina oleh Ludovic Lazareth.

Lazareth LM 410 juga adalah barisan terbaru dan menjadi model paling ekstrem yang pernah dibina oleh Lazareth.

Biarpun Lazareth sebagai seorang pembina khas motosikal, beliau menawarkan motosikal untuk dijual dengan harga €100,000 (RM449,737) dan dikeluarkan sebanyak 10 unit sahaja.

Buat masa ini, Lazareth masih lagi berahsia berhubung teknikal motosikal berkenaan, tetapi apa yang boleh dikongsikan ia menggunakan enjin Yamaha R1.

Motosikal itu berkemungkinan boleh dipandu di jalan biasa dan ia lebih ringan berbanding jentera yang pernah dibina oleh Lazareth dengan menggunakan enjin Maserati menerusi model LM 847 mencecah 400 kilogram pada 2016.

Dari segi penampilannya, ia turut menerapkan ciri reka bentuk LM 847 tetapi lebih konvensional. LM 410 direka lebih ringan, mudah dikendalikan dan boleh ditunggang oleh semua.

;