Laman Utama
“Loan Duit Suami Ke?”- Ditanya Modal Buka Perniagaan, Syatilla Melvin Akui Korek Duit…
Pelakon Syatilla Melvin menafikan duit modal yang digunakan untuk memulakan perniagaan adalah hasil pinjaman dari suaminya, Shaheizy Sam.
Syatilla mendedahkan duit yang hanya dilaburkan sebanyak RM8,000 ketika itu adalah hasil duit tabungan Amanah Saham Berhad (ASB).
“Ramai yang tanya…berapa modal mula berniaga? Saya mula dengan rm8,000 seorang (setiap adik beradik).
“Pinjam duit suami ke? Saya korek duit ASB dengan harapan Allah gandakan,” dedahnya.
Syatilla menjawab beberapa persoalan dari netizen itu dengan memuat naik video reels di Instagram (IG).
Selain itu, dalam reels yang sama, Syatilla turut mendedahkan gaji pertama yang diperolehi selepas berkecimpung dalam perniagaan kosmetiknya.
“Gaji pertama dengan Kekasih? Dapat la merasa gaji 5 angka juga, rezeki Allah bagi,” jawabnya.
Syatilla dan beberapa orang adik beradik perempuannya yang lain iaitu Syifa, Syida dan Syafiqa memulakan perniagaan produk kecantikan, Kekasih pertengahan tahun 2019.
Untuk rekod, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Must-Watch Video