Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Lock Date Ahad Ni! Jom Singgah Project Festival, Jumpa Liza Hanim, Sufian Suhaimi, Wany Hasrita & Ramai Lagi

Amri Hassan
24/10/2024 10:36 MYT
Debaran Project fest bermula Sabtu kian terasa! Acara menarik itu akan menampilkan bintang filem Kahar: Kapla High Council dan artis-artis dari program terbaik Astro seperti Project: Exit, Don Dukun, dan banyak lagi.

BERITA TRENDING: Pelakon Project; Exit, Liza Hanim, Wany Hasrita, Sufian Suhaimi, Finalis Kilauan Emas Memeriahkan Project Festival!

Lebih menarik, pada 27 Oktober (Ahad ini), pentas Project Festival ini akan dikilaukan oleh persembahan penyanyi kesayangan seperti Liza Hanim, Wany Hasrita, dan Sufian Suhaimi.

Selain itu, pentas akan dirancakkan oleh bintang The Chosen One seperti Akhil Mikail, Eriq Fikri dan Qal Dainiesh, finalis Kilauan Emas musim ini, Scha Nuril & Muaz J, penyanyi runut Uncle Boss Mama, selain kemunculan istimewa pelakon Ezzanie Jasny.

Selain itu, pentas yang sama akan meraikan kehadiran personaliti BORAK SEEni, Nana Mahazan dan Haziq ERA.
Pelbagai aktiviti lain turut akan dianjurkan, selain promosi di booth istimewa Astro.

Jumpa mereka dan jom usha dari 26 Oktober hingga 27 Oktober di Centre Court Setia City Mall, Setia Alam, Shah Alam, Selangor. Jangan lepaskan!

Bagi pelanggan Astro Rewards, anda boleh menebus ganjaran di aplikasi My Astro App bermula 21-24 Oktober. Untuk keterangan lanjut, muat turun My Astro App.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Astro Malaysia di platform media sosial.
#Penyanyi #Viral #Sufian Suhaimi #Wany Hasrita #Liza Hanim #Kahar #Keanu Azman #Project Festival
;