HIBURAN
Lokasi Majlis Perkahwinan Ezlisa Loy & Suami Jadi Perdebatan Netizen - “Kahwin Macam Kat…”
Pelakon, Ezlisa Loy, baru-baru ini menjadi bualan hangat netizen selepas selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Hafiz Azizi.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah pemilihan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai lokasi pernikahan mereka.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, beberapa netizen mempersoalkan pemilihan lokasi tersebut, yang mereka anggap mirip dengan rumah ibadah penganut agama Kristian.
“Sytle doh macam gereja.“Macam perkahwinan orang barat.
“Kahwin macam kat gereja je.
“Entah apa-apa orang sekarang kahwin, macam ikutan.
“Adab Islam ke buat macam ni,” komen netizen.
Bagaimanapun, ada netizen lain yang membidas kenyataan atau komen negatif yang diberikan kepada Ezlisa.
“Dewan ni dekat University Islam Antarabangsa tau, saja la bagi tahu kalau acik-acik semua tak tahu kan.
“Yang komen negatif jealouslah tu tak dapat nak buat kahwin macam ni.
“Baru tengok design yang sikit seakan gereja komen dah kecoh, agaknya masuk Haghia Sophea yang ada lukisan apa semua ty mengelupur korang ni,” bidas netizen.
Terdahulu, Ezlisa Loy selamat mendirikan rumah tangga bersama Hafiz Azizi pada Ahad.
Diadakan secara tertutup, majlis tersebut dipercayai dihadiri rakan dan ahli keluarga terdekat sahaja.
Lebih istimewa, majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian merdu daripada penyanyi Aina Abdul.
Sekadar info, Ezlisa dan Hafiz telah selamat mengikat tali pertunangan pada 27 April 2024.
Must-Watch Video