Filem seram yang baru masuk panggung, Pengabdi Setan 2 benar-benar mencipta fenomena di Indonesia.
Filem arahan sutradara terkenal Joko Anwar itu menjalani penggambaran di rumah pangsa yang sudah lama tidak didiami, terletak di Sumber Arta, Bekasi, hampir 30 kilometer jaraknya dari Jakarta.
Terbaru, lokasi rumah pangsa seram itu menjadi tular apabila ada beberapa orang content creator dan influencer Indonesia menjumpai kediaman seram tersebut.
Berikutan lokasi tersebut tular, ramai wargamaya datang ke lokasi tersebut untuk bergambar dan membuat kandungan video di media sosial.
"Ramai orang datang Jumaat, Sabtu dan hari minggu. Jadi koordinator bangunan sampai tak boleh masuk, takutnya jadi kerasukan kerana bangunan ini tiada penghuni,” kata seorang petugas kawasan parkir.
Sementara itu menerusi temu bual bersama Detik.com, pihak penguasa menjelaskan pengurusan rumah pangsa tersebut merasa kesal dengan kuasa viral yang menyebabkan kawasan tersebut dipenuhi orang awam.
"Sudah tidak boleh lagi ke rumah pangsa itu. Begitu kata bos saya. Tak boleh lagi bercakap-cakap pasal itu juga," tegas seorang petugas ketika ditemui di lokasi.
Sekadar info, tujuan orang ramai hadir ke lokasi tersebut dengan rasa ingin tahu selepas menonton filem Pengabdi Setan 2.
Walaupun begitu, pengunjung yang datang tidak dibenarkan untuk naik ke lantai atas. Hal ini kerana bangunan tersebut sudah berusia 11 tahun dan tidak berpenghuni.
"Mula ditayangkan pada 4 Ogos yang lalu, esoknya ramai orang datang ke sini. Lepas tu ramai nak naik ke atas. Katanya juga dulu pernah ada kejadian dirasuk, jadi takut kalau ada apa-apa, sebab itu kami dilarang naik,” ujar salah satu pengunjung kepada Detik.
Rumah pangsa lama itu ternyata merupakan bekas program ‘1000 tower’ yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan Rakyat yang dibangunkan ketika era pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Azwa Rahman
Thu Aug 11 2022


sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan!
Tawaran baru sooka ni memang menarik.
_3.png?ext=.png)
Netizen Sekolahkan Individu Merungut, Salahkan Pemotong Rumput Kotorkan Kereta Baru Basuh- “Tak Ada Adab & Empati Ke?”
Mungkin dia marah-marah manja
_5.png?ext=.png)
Sebak! Momen Anak Surprise Mak Ayah Balik Kampung Bikin Banjir Air Mata - "Selagi Mereka Ada, Ambil Berat..."
Hargai ibu bapa anda

Lagi 4 Bulan Nak Raya, Fasha Sandha Dah Siap Baju Untuk Keluarga! - "Saya Risau Terlepas ..."
Awal tak kalut!

Netizen ‘Busuk Hati’ Tengok Budak-Budak Mandi Di Area Air Pancut The Exchange TRX? Ini Jawapan Pihak Pengurusan
Boleh mandi ke tak?
_7.png?ext=.png)
Dipuji Visual Persembahan Kreatif, Nikki Palikat Dedah Minta Pertolongan Pereka Fesyen Melinda Looi
Patutlah cantik bajunya
GELAK 90 Saat (6) - Shuk & Iskandar juara minggu 6
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go
SIAPA "ADIK MOHD" TU NAQIU? | POWERCAT X GV
Rupanya Naqiu selalu ada yang teman bila masuk studio. Dari start masuk sampai keluar pun dia ada je kat situ. Siapa tu?
BINTANG CUCKOO PALING GEMPAK MINGGU 10 - NAQIU
Naqiu menyamakan kedudukan sebagai pemenang terbanyak anugerah ini sebanyak 4 kali. Seronok dapat tilam baru. Bukan biasa-biasa tau, tengok harga la berapa.

Video After Party BCL & Tiko Tular, Netizen Zahirkan Rasa Gusar - “Ashraf Would Be Sad To See This…”
Ramai yang beri kritikan terhadap BCL dan Tiko