"Lokasi Shooting Kami Dengan Musibah Tsunami Adalah Sama ..." - Tya Arifin

Amri Hassan
Disember 26, 2018 08:33 MYT
Pelakon Tya Arifin punyai cara tersendiri untuk mendedikasikan ucapan takziah buat mangsa tsunami di Indonesia.
Kata Tya, dia lebih terkesan apabila lokasi penggambaran filem pendek tentang bencana tsunami di Pulau Anyer turut musnah dalam musibah yang melanda negara republik itu baru-baru ini.
"Empat tahun lalu, saya dan teman-teman shooting filem pendek tentang tsunami yang berjudul 'EARTHBOUND'.
"Bukan bermaksud untuk mengaitkan dengan musibah tsunami saat ini, tetapi, lokasi shooting kami dengan musibah tsunami adalah sama iaitu Pulau Anyer.
"Sedih? Iya.
"Dengan menonton filem pendek ini, hati saya merasa lebih dekat dengan korban musibah tsunami di P Tanjung Lesung, Anyer. Sedih, Terpukul dan Hancur.
Innalillahiwainnaillaihrojiun. Al-fatihah," tulisnya menerusi entri di Instagram bersama tanda pagar #prayforAnyer, #prayforBanten dan #prayforLampung.
Kejadian tsunami di Selat Sunda pada Sabtu lalu sehingga ini mengorbankan lebih 400 nyawa.
Bencana sama turut mengorbankan anggota kumpulan Seventeen, Andi, Herman, Bani dan isteri vokalis kumpulan itu, Dylan Sahara Puteri.
#Indonesia #Tya Arifin #Tsunami