Memasuki episod keenam hari ini, drama bersiri Astro Originals, Dukun Diva semakin ‘dasyat’…Penipuan demi penipuan dan adakah Che Yah sudah meminggirkan Lola?

Dalam episod malam ini Lola meneruskan rancangan untuk menipu Daniel. Rancangan Lola ialah untuk mengenali Daniel dengan lebih dekat sebelum melancarkan operasi untuk menipu anak jutawan kosmetik popular, Datuk DD.

Tanpa Lola sangka, Daniel telah membuka satu rahsia besar berkaitan hidupnya. Ish...kalau Lola dah cair, dia teruskan ke rancangan nak tipu Daniel tu? Atau tiba-tiba jatuh cinta?

Che Yah pula merahsiakan tentang tawaran yang diberikan oleh Datuk DD kepadanya daripada pengetahuan Lola.

Alamak…Che Yah ni dah mula tamak ke? Adakah Che Yah akan meminggirkan Lola? Adakah Che Yah dan Lola akan terus bersatu untuk scam Datuk DD?

Mengangkat kisah ‘female con artist’ dan ‘anti-heroes’, Dukun Diva sarat dengan elemen drama, komedi, suspen, aksi dan penyiasatan.

Di media sosial, rata-rata peminat siri ini meninggalkan komen positif serta sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui kesudahan drama ini.

Ada juga di antara penonton berpendapat Dukun Diva sangat dekat dengan kejadian sebenar yang berlaku di sekeliling kita hari ini.

Apatah lagi apabila mengangkat isu penipuan dan ‘scam’ yang sememangnya berlaku di dunia nyata, bukan sekadar di layar perak semata-mata.

Menariknya lagi, apabila Dukun Diva menampilkan watak utama diterajui wanita yang berdepan cabaran kehidupan, lebih-lebih lagi di bandar pada masa kini.

Pelakon berbakat besar, Nadia Aqilah yang tidak disangkal lagi kekuatannya dalam lakonan, membawa watak Che Yah iaitu seorang artis 'tak menjadi' di era 1990-an, akhirnya menggunakan bakat dengan menyamar sebagai dukun.

Sementara itu, watak Lola pula digerakkan dengan baik oleh pelakon muda, Eyka Farhana iaitu anak saudara Che Yah yang bermasalah dan turut bersubahat menjadi dukun.

Kedua-dua watak ini mencipta pelbagai kepercayaan dan pantang larang atas rujukan media sosial buat jutawan kosmetik terkenal, Datuk DD lakonan Emelda Rosemila.

Selain itu, Dukun Diva turut menggabungkan barisan pelakon senior dan baharu bagi mewarnai setiap karakter seperti Tony Eusoff yang dilihat pertama kali membawa watak suami takut isteri serta 'scammer' dalam urusan jual beli tanah, diikuti pelakon baharu berbakat besar iaitu Siti Khadijah Halim sebagai Baby Riena, Kahoe Hon melakonkan watak Daniel serta pelakon handalan, Adlin Aman Ramlie sebagai Datuk Saddiq serta Aloy Paradoks (karakter Sarjan Anep).

Drama siri premium ini juga dihiasi dengan penampilan istimewa pelakon terkenal daripada pelbagai latar antaranya Che Puan Juliana Evans, Douglas Lim, Aziz M Osman, Sanjana Suri, Anas Ridzuan, Mat London, Fadhli Masoot dan Dee Al Hadi.

Drama lapan episod ini mula menemui penonton mulai 6 Disember lalu, setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108).

Terlepas episod terdahulu? Strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Dukun Diva menjalinkan kerjasama bersama jenama lilin beraroma, Lampu Cherita, dan pengedar coklat tempatan, Love 18C bagi menghidupkan keunikan setiap karakter utama dalam drama Astro Original ini.

Cenderahati drama Dukun Diva edisi terhad ini boleh didapati di laman rasmi Lampu Cherita, www.lampucherita.com dan Love 18C, www.love18c.com. Istimewa untuk pelanggan Astro, diskaun tambahan boleh didapati melalui website Astro Rewards tertakluk pada terma dan syarat.