Senarai 100 bandaraya terbaik dunia untuk tahun 2024 baru diumumkan oleh laporan tahunan dari Resonance Consultancy.

Menerusi keputusan yang diperoleh berdasarkan tiga kategori iaitu kestabilan, kemewahan dan kemesraan bersama beberapa aspek tambahan lain termasuk pendidikan, kualiti restoran serta tempat membeli-belah, laporan tersebut memberi senarai berikut.

London menduduki tempat pertama bandaraya terbaik 2024 diikuti Paris dan New York.

Berada dalam senarai Top 10 Bandaraya Terbaik 2024 juga adalah empat negara Asia, empat dari Eropah dan dua dari Amerika Syarikat yang antaranya mendapat saranan daripada laman sesawang pelancongan seperti Tripadvisor, Google serta platform media sosial termasuk Facebook dan Instagram.



Turut berada dalam senarai adalah Korea Selatan di tangga ke-10, Amsterdam, Netherlands (sembilan), Barcelona, Sepanyol (lapan), San Francisco, Amerika Syarikat (tujuh) dan Dubai di tangga keenam.

Singapura disenaraikan sebagai bandar terbaik dunia kelima pada tahun 2024 manakala Tokyo, Jepun yang disifatkan juga sebagai bandar terbaik untuk membeli-belah di tangga keempat.

Selain 10 bandaraya utama ini, antara yang tersenarai dalam 100 terbaik termasuk Istanbul, Turki (19), Bangkok, Thailand di tangga ke-39, Athens, Greece (48) dan Baltimore, Amerika Syarikat di tangga ke-100.