Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“A.L.O.N.G, Along! La Abang Ke Yang Jadi Along Tu? Rasa Tak Caya!” - Selepas 15 Tahun, Beto Kusyairi Kembali Jadi Maskot

Mya Amri 14/05/2019 | 09:15 MYT
Pelakon, Beto Kusyairi mendedahkan pernh menjadi maskot rancangan kanak-kanak popular, Along pada tahun 2004.
Beto berkongsi perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
“Kali terakhir aku menyarung maskot adalah pada 2004. Tugas aku adalah untuk menceriakan kanak-kanak sambil berkongsi ilmu matematik di kaca tv serta di atas pentas untuk acara anjuran PNB & aku adalah orang terakhir yang menyarung maskot lejen ini menggantikan mereka yang terdahulu.
“3 atau 4 musim jugaklah sebelum rancangan kanak-kanak ini ditamatkan siarannya. 15 tahun kemudian, sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk menyarung ‘seekor’ lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya terkejut dan tidak menduga bahawa maskot popular itu sebenarnya disarungkan oleh idola pujaan mereka.
“Legend, A.L.O.N.G terima kasih telah menceriakan pagi saya dulu... Rancangan wajib setiap hujung minggu sekarang baru tahu siapa di sebalik moskot ALONG tu #generasi90an,” tulis @hidayah_sanusi
“Tidak ku sangka rancangan ALONG yang ku tonton masa kecil ku dahulu adalah seorang pelakon hebat di dalam maskot tersebut. Lu memang real BETO KUSYAIRY,” puji @aushfirdaus
Tidak ketinggalan juga ada sudah mula mengimbas kembali kenangan sewaktu rancangan itu disiarkan suatu ketika dahulu.
“Terima kasih bang sebab ceriakan kami kanak-kanak thun 90an. Sebab rancangan ni juga la saya tak kena bedal ngan cikgu sebab hafal sifir... harharhar,” komen @harghriz
“Terima kasih ALONG kerana menceriakan zaman kanak-kanak kami. Kalau tak sebab tengok show tu, mesti lagi liat nk menghafal sifir,” tulis @shazliyana.shafiee
Foto: Instagram @beto_kusyairy
#pelakon #Beto Kusyairi #Pelakon
;